Tun Mahathir, Najib kena berbaik demi Melayu

Tun Mahathir, Najib kena berbaik demi Melayu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Mahathir, Najib kena berbaik demi Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Mahathir, Najib kena berbaik demi Melayu
link : Tun Mahathir, Najib kena berbaik demi Melayu

Baca juga


Tun Mahathir, Najib kena berbaik demi Melayu

Tun Mahathir (Tun M) perlu berbaik-baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam usaha mencapai kesepakatan antara orang Melayu supaya masa depan politik negara lebih baik.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, Mahathir perlu memikirkan masa depan negara supaya Melayu tidak berpecah belah dan kembali kepada perjuangan asal.

“Jika dulu, Tun M menentang perjuangan Lim Kit Siang yang jelas tidak sehaluan dengan Umno, mengapa kini, Tun M bersama DAP?

“Perjuangan mereka hanya mahu memecah belah bangsa Melayu dan saya nasihatkan supaya Tun M fikir semula apa yang dilakukan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Majlis Makan Malam Sempena Perhimpunan Agong Tahunan Bekas Wakil Rakyat Malaysia di Hotel Perdana, di sini.

Abdul Aziz berkata, beliau mengharapkan Tun M dapat memikirkan semula perjuangan asal orang Melayu yang dibawanya sebelum ini dalam Umno.

“Saya merayu kepada bangsa dan pimpinan parti Bersatu kembali kepada kepercayaan asal dan dapat kembalikan maruah Melayu.

“Memang kami amat kecewa dengan senario politik kini yang menyebabkan keadaan pecah belah. Kita perlu pentingkan peluang dan masa depan untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita,” katanya.

Abdul Aziz menyeru supaya mereka yang menyanjung tinggi agama dan bangsa agar rapatkan semula hubungan.

“Kita mahu Melayu terus kuat, lagipun kita tidak ramai, kalau Tun M sayangkan Umno, beliau sepatutnya kuatkan perpaduan dan jangan pecah belah.

“Saya minta agar mereka sedar dan Mubarak mengharapkan Melayu kembali semula kepada pimpinan terdahulu yang memperjuangkan hak-hak Melayu yang disanjung tinggi,” katanya.

The post Tun Mahathir, Najib kena berbaik demi Melayu appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tun Mahathir, Najib kena berbaik demi Melayu

Sekianlah artikel Tun Mahathir, Najib kena berbaik demi Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir, Najib kena berbaik demi Melayu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/tun-mahathir-najib-kena-berbaik-demi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :