Umur 44 tahun baru jadi hero

Umur 44 tahun baru jadi hero - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umur 44 tahun baru jadi hero, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umur 44 tahun baru jadi hero
link : Umur 44 tahun baru jadi hero

Baca juga


Umur 44 tahun baru jadi hero

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Inilah pepatah sesuai untuk pemenang tempat ketiga program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) ini.

Siapa sangka, biarpun namanya pernah tenggelam seketika dari industri seni, namun kini karier seni Zarul Husin kembali rancak, bahkan boleh dikatakan lebih rancak berbanding awal kemunculannya dahulu.

Tidak hanya sibuk di persada nyanyian, kerjaya Zarul juga mula berada dalam dunia lakonan.

Terbaru, lelaki berusia 44 tahun ini sibuk di set penggambaran drama bersiri 70 episod, Syurga Yang Kedua dan bergandingan dengan pelakon berbakat besar seperti Fasha Sandha, Siti Elizad, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan dan ramai lagi.

“Alhamdulillah, tak sangka di usia sebegini, masih ada penerbit yang percayai saya boleh bawa watak utama dalam drama rantaian 70 episod.

“Bukan itu sahaja, saya juga diberi peluang bergandingan dengan nama-nama besar, yang saya sendiri tak sangka dapat bekerjasama dengan mereka.

“Mereka memang banyak membantu saya, berkongsi ilmu dan pengalaman. Ia menjadi pengalaman yang cukup manis buat saya,” katanya kepada Kakigosip.

Tambah Zarul, dia menyedari masih hijau dalam dalam dunia lakonan dan bersedia menerima apa jua kritikan dan kecaman.

Bagaimanapun, katanya faktor utama dia menerima tawaran berlakon dalam drama bersiri panjang ini kerana peluang sebegitu tidak selalu datang.

“Malah ketika saya baca skrip itu, saya tahu saya bakal dikecam selepas ini. Maklumlah, isu poligami agak sensitif, jadi bila diangkat ke drama siri, ia mungkin mengundang pelbagai komen.

“Saya pula masih baru dalam lakonan, jadi mungkin tidak semua suka dengan lakonan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, saya akan terus belajar, timba ilmu dan pengalaman,” ujarnya.
Zarul sebelum ini muncul dalam drama bersiri Cik Serba Tahu dan telefilem, Misteri Sofa Lama dan Menantu Malam Raya.

Bercerita lanjut mengenai drama berkenaan, Zarul berkata, dia membawakan watak sebagai Daniel dan beristeri dua.

Dek tidak mempunyai pengalaman itu, Zarul berkata, dia mencedok pengalaman rakannya sendiri untuk diguna pakai di dalam drama berkenaan.

Menyifatkan watak Daniel dan jalan cerita juga agak berat. Zarul belajar melalui kelas lakonan selain bertanya yang berpengalaman.

Karier nyanyian seiring

Dalam pada itu, tidak hanya sibuk di set penggambaran, Zarul berkata, dia juga masih meneruskan karier nyanyiannya seperti biasa dan akan keluar dengan single baru ciptaan Ippo Hafiz.

“Insya-ALLAH kami merancang melancarkan single baru seiring dengan siaran drama ini nanti. Mungkin juga single saya itu akan dijadikan runut bunyi Syurga Yang Kedua.

Katanya, walaupun sibuk di set penggambaran sejak Ogos hingga Disember depan namun menyanyi tetap menjadi pilihan.

“Malah pihak produksi pun faham saya dan beri peluang buat persembahan, yang selalunya berlangsung pada hujung minggu,” ujarnya.

Tidak menafikan penat dengan jadual seharian yang padat, namun Zarul kata, dia tidak pernah sesal dengan apa yang dilaluinya kini dan menganggap semua itu sebagai rezeki.

“Alhamdulillah pihak produksi sangat memahami saya dan sekiranya ada masa terluang, saya akan lelap seketika di set untuk kembalikan tenaga.

“Saya juga ambil suplemen tambahan untuk menambah tenaga,” katanya yang tidak mengeluh tentang kepenatan yang dialaminya.

The post Umur 44 tahun baru jadi hero appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Umur 44 tahun baru jadi hero

Sekianlah artikel Umur 44 tahun baru jadi hero kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umur 44 tahun baru jadi hero dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/umur-44-tahun-baru-jadi-hero.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :