Video Tular, Cikgu Meera Jadi Penyanyi

Video Tular, Cikgu Meera Jadi Penyanyi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video Tular, Cikgu Meera Jadi Penyanyi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video Tular, Cikgu Meera Jadi Penyanyi
link : Video Tular, Cikgu Meera Jadi Penyanyi

Baca juga


Video Tular, Cikgu Meera Jadi Penyanyi

PENDATANG baharu iaitu Cikgu Meera nekad untuk meneruskan karier seninya sebagai penyanyi selepas video nyanyiannya di aplikasi Smule menjadi tular sejak tahun lalu.

Meera atau Nur Ameera Nabila Azmi berkata, peluang merakamkan lagu bersama komposer terkenal, Eddie Hamid tidak dilepaskan begitu sahaja sebaliknya dia yakin single pertamanya yang berjudul Oh Sayangku dapat diterima baik oleh pendengar muzik tempatan.

“Lagu Oh Sayangku ini bukan sahaja pengenalan saya sebagai penyanyi tetapi juga hadiah kepada pengikut di Smule yang banyak memberi sokongan selama ini.

“Bekerja dengan Eddie Hamid juga adalah pengalaman berharga kerana beliau seorang individu kreatif dan mempunyai cita rasa tinggi dalam sesebuah karya dihasilkannya.

“Harapan saya agar single ini bakal meraih tumpuan peminat sekali gus dapat memberi sokongan terhadap sumbangan kecil hasil seni saya bersama Eddie,” katanya.

Oh Sayangku turut mendapat sentuhan daripada penulis lirik dan komposer Nur Hakim.

Bagaimanapun kata Cikgu Meera, 24, walaupun telah bergelar penyanyi dia tidak terlintas untuk meninggalkan karier sebagai guru di sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor.

Sebaliknya dia yakin dapat mengimbangkan kedua-dua kariernya itu dengan baik tanpa mengabaikan tanggungjawab mendidik anak bangsanya.

“Saya sudah bersedia menjalani kehidupan sebagai anak seni tanpa melupakan tanggungjawab sebagai pendidik dan tidak akan meningalkan karier sekarang.

“Jika ada keseimbangan dan perancangan yang betul, Insya-Allah saya lihat tiada masalah untuk meneruskan kedua-dua karier itu secara serentak,” ujarnya.

Bercakap lanjut mengenai Oh Sayangku, Cikgu Meera berkata, ia sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwanya yang juga mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadi dan kerjayanya.

“Lagu ini berkisar kecintaan seseorang yang mempunyai perasaan sayang mendalam selepas di tinggalkan kekasihnya dan berharap kekasihnya akan kembali kepadanya.

“Kelainan single ini jika dibandingkan dengan lagu-lagu masa kini ialah keindahan melodi melakolik dan digarap liriknya yang matang.

Tidak hanya itu, saya turut menekankan aspek vokal selain susunan muzik untuk lagu ini lebih moden dan bercitarasa alaf ini,” katanya.

The post Video Tular, Cikgu Meera Jadi Penyanyi appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Video Tular, Cikgu Meera Jadi Penyanyi

Sekianlah artikel Video Tular, Cikgu Meera Jadi Penyanyi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video Tular, Cikgu Meera Jadi Penyanyi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/video-tular-cikgu-meera-jadi-penyanyi.html

Subscribe to receive free email updates: