link : Wajah sebenar Kit Siang...Demokrasi Ala Keluarga Lim Kot
Wajah sebenar Kit Siang...Demokrasi Ala Keluarga Lim Kot
Kata parti lain seronok betul...baik cermin diri sendiri dulu.Dari Tubuh DAP sampai hari ini Lim Kit Siang dulu sampai sekarang...Apa kejadahnya begini?
Pemimpin DAP Lim Kit Siang sekali lagi menunjukkan wajah sebenarnya dengan mempersendakan dua pemimpin UMNO dari Sabah sebagai “badut UMNO”.
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam respons kepada tindakan Kit Siang yang menggelarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata berkata sejak kebelakangan ini Kit Siang dilihat gemar memberi gelaran nama dan menggunakan pelbagai jenis nama yang menghina terhadap mereka yang tidak sependapat dengannya.
"Jika seseorang itu membela partinya dan mempertahankan parti daripada pembohongan, fitnah dan serangan akan menjadikan orang itu badut, maka setiap ahli politik di dunia akan menjadi badut bagi partinya sendiri,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia tersebut dalam catatan terkini blognya, sskeruak.blogspot.com.
“Baru dua hari lepas beliau mengunjungi pejabat SPRM dan menghamburkan puji-pujian namun hari ini beliau melukakan hati mereka dengan analogi ‘tiga monyet’ dan meminta Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifi Ahmad, serta para pegawai kanan SPRM supaya mengikuti kursus bahasa Inggeris.
“Jadi, apabila beliau rasa beliau boleh menggunakan SPRM untuk menyakiti UMNO, SPRM adalah sahabatnya dan apabila mereka tidak lagi berguna kepada DAP, mereka adalah ‘tiga ekor monyet’,” katanya.
Salleh turut bertanya sama ada DAP tidak memecat mana-mana anggota yang gagal akur dengan kehendak parti.
“Apabila orang menyokong parti mereka, anda menggelarkan mereka badut dan apabila mereka tidak akur dengan kehendak parti, anda memanggil mereka pengkhianat dan memecat mereka.
“Kit Siang perlu menyatakan pendiriannya tentang bagaimana beliau mengharapkan pemimpin parti menunjukkan kesetiaan. Bukankah semua pemimpin DAP yang tidak mempersetujui bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi berdiam diri dan tidak berani menentang tindakan itu juga dianggap badut?,” katanya.
Demikianlah Artikel Wajah sebenar Kit Siang...Demokrasi Ala Keluarga Lim Kot
Sekianlah artikel Wajah sebenar Kit Siang...Demokrasi Ala Keluarga Lim Kot kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wajah sebenar Kit Siang...Demokrasi Ala Keluarga Lim Kot dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/wajah-sebenar-kit-siangdemokrasi-ala.html