link : Ada pemimpin penyangak dalam Pakatan Harapan - Hadi
Ada pemimpin penyangak dalam Pakatan Harapan - Hadi
PAS tidak boleh bersama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana gabungan itu mempunyai pemimpin 'penyangak' di dalamnya.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu PAS lebih selesa untuk menjadi pihak yang berkecuali dalam mendepani krisis keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"PAS tidak boleh memberi harapan kepada Pakatan Harapan yang menjadi pendakwa atau yang mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman, kerana di dalamnya juga ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara.
"Di sana pula ramai kalangan yang tidak boleh menjadi saksi yang adil mengikut perhitungan Islam yang menjadi pegangan PAS," katanya dalam kenyataan.
Abdul Hadi bagaimanapun tidak menamakan secara jelas pemimpin 'penyangak' yang dimaksudkannya.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, PAS tidak boleh bersama kerajaan iaitu pihak yang sentiasa dituduh oleh pembangkang, sehinggalah dibuktikan bersihnya atau kesalahannya.
"Kaedah kehakiman Islam yang dipakai oleh barat, menetapkan pihak yang dituduh masih bebas dan tidak boleh dihukum bersalah, selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, bukan oleh media tanpa sempadan.
"PAS juga tidak boleh terus berpihak sebelum dibuktikan bersihnya, khususnya dalam keadaan yang bergelumang dengan salah laku dan kelemahan urus tadbir yang diwarisi sejak pemimpin yang dahulu dan terdahulu," katanya.
Beliau dalam pada itu turut memuji pendirian bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang tidak melulu menjatuhkan kerajaan sungguhpun mungkin tidak bersetuju dengan sebahagian keputusan kerajaan.
“Beliau (Ahamd Husni) bersikap mengikut konsep demokrasi yang sihat dengan menjadi anggota kerajaan yang memberi nasihat, dan masih ada lagi orang sepertinya di dalam kerajaan, namun tidak mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak bersopan," katanya.
Beliau berkata, ketegasan PAS ini bukannya bersifat fanatik melulu, tetapi berpijak di atas ajaran Islam yang nyata sempurna yang tidak ada dalam ideologi atau teori ciptaan manusia.
"Maka PAS tidak boleh terikut dengan pihak yang lain atau sekadar dipergunakan oleh pihak yang berbeza dasar dan hala tujunya. PAS boleh bekerjasama dan bersefahaman dengan semua pihak yang tidak mengacau dasar Islam dan hala tuju wawasannya yang berkekalan," katanya.
Ahmad Husni melepaskan semua jawatan dalam kabinet dan parti pada Jun tahun lalu, yang mana pada ketika skandal 1Malaysia Development (1MDB) sedang hangat diperkatakan.
Beliau dalam kenyataannya selepas keputusan itu memaklumkan, ia berikutan kerana dirinya enggan dipindahkan ke kementerian lain.

Demikianlah Artikel Ada pemimpin penyangak dalam Pakatan Harapan - Hadi
Sekianlah artikel Ada pemimpin penyangak dalam Pakatan Harapan - Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ada pemimpin penyangak dalam Pakatan Harapan - Hadi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/ada-pemimpin-penyangak-dalam-pakatan.html