Atmosfera Sanggup Dibuang Kerja

Atmosfera Sanggup Dibuang Kerja - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Atmosfera Sanggup Dibuang Kerja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Atmosfera Sanggup Dibuang Kerja
link : Atmosfera Sanggup Dibuang Kerja

Baca juga


Atmosfera Sanggup Dibuang Kerja

KUMPULAN dua beradik, Atmosfera tidak peduli jika diambil tindakan gara-gara ponteng kerja bagi memenuhi undangan acara hiburan di Kuala Lumpur.

Malah, Hezron dan Ganak yang masih bekerja di sebuah kilang di Sabah berkata, mereka sanggup diberhentikan demi meneruskan kerjaya nyanyian tersebut.

“Saya dan Ganak tidak ambil cuti tapi boleh dikatakan kami ponteng kerja. Gaji tidak jalan.

“Kami sanggup datang Kuala Lumpur demi meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.

“Biarlah kalau kena buang kerja di sana pun apa kami boleh buat,” kata Hezron.

Demi mahu meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, Atmosfera sanggup dipotong gaji.

Terbaru Atmosfera tampil dengan single Tak Tahu Malu yang merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Hezron.

Menurut mereka, lagu tersebut merupakan kisah daripada pengalaman sendiri sebelum berkahwin.

“Lagu ini merupakan pengalaman sendiri tapi kisah dahulu lah. Sebelum berkahwin. Mengisahkan seorang perempuan yang menipu kekasihnya.

“Tapi kehidupan saya sekarang tidaklah seperti itu lagi,” ujarnya Hezron.

Dalam pada itu, Atmosfera mengakui teruja apabila lagu Berakhir Sudah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 32.

Mereka berjanji untuk melakukan yang terbaik bagi mendapatkan tempat di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32.

“Kami rasa teruja apabila pertama kali dapat beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 menerusi lagu Berakhir Sudah.

“Akhirnya lagu ciptaan ayah kami dapat menebusi pasaran di sini dan mendapat sambutan yang baik.

“Insya-Allah kami akan melakukan yang terbaik untuk melayakkan lagu tersebut ke pentas akhir pula,” kata Hezron.

Atmosfera bakal bersaing di minggu ketiga separuh akhir pada 12 November di Sri Pentas 2, Shah Alam.

The post Atmosfera Sanggup Dibuang Kerja appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Atmosfera Sanggup Dibuang Kerja

Sekianlah artikel Atmosfera Sanggup Dibuang Kerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Atmosfera Sanggup Dibuang Kerja dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/atmosfera-sanggup-dibuang-kerja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :