link : Azadan bukan mahu ‘berlawan’
Azadan bukan mahu ‘berlawan’
Azadan Abd Aziz, 43, akan terus bersama kumpulan Rabbani walaupun dia kini tampil dengan single solo berjudul Seindah Memberi ciptaan Ito Lara dan lirik oleh Fadzli Fareast.
Kemunculan lagu itu bukan untuk bersaing dengan sesiapa tetapi sekadar mahu melengkapkan profilnya sebagai penyanyi.
Apatah lagi dia sering diundang ke program motivasi dan sebagainya lantas dia terfikir untuk turut menghiburkan penonton dengan nyanyian solonya.
“Suara saya tidaklah sehebat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim tetapi kehadiran lagu Seindah Memberi itu untuk membuktikan keupayaan diri sebagai artis serba boleh.
“Ada yang sinis bertanya bolehkah saya menyanyi? Seperti saya katakan tadi, saya bukannya mahu ‘berlawan’ dengan sesiapa tetapi untuk kepuasan diri sendiri dan lagu itu pun lebih berbentuk motivasi.
“Melodi pun bernada rendah sesuai dengan vokal saya. Alhamdulillah kekuatan untuk merakamkan lagu ini pun kerana dorongan rakan rapat dan rakan niaga,” katanya.
Lagu Seindah Memberi bukanlah lagu yang pertama dan terakhirnya, bahkan dia berhasrat menghasilkan album penuh memuatkan lima lagu termasuk lagu duet dengan anak sulungnya, Izwan yang turut menunjukkan minat dalam bidang seni.
Bercerita mengenai singlenya itu, pada awalnya dia mahu merakamkan lagu itu dengan Khai Bahar, namun kerjasama itu sukar direalisasikan kerana kekangan masa dan komitmen Khai terhadap beberapa perkara lain.
“Mungkin kami dapat bekerjasama pada masa depan,” katanya.
Azadan berkata, Seindah Memberi dirakamkan September lalu di Studio Inteam Records dan siap dalam tempoh empat jam.
“Bukan senang untuk melunaskan proses rakaman kerana saya bukanlah penyanyi hebat dan pada masa sama juga sibuk dengan pelbagai urusan. Saya tak sempat berlatih pun untuk merakamkan lagu itu.
“Kekoknya apabila berada dalam studio rakaman seorang diri tanpa dikelilingi anggota Rabbani yang lain. Lagu itu dibuat seperti diibaratkan mengukur baju di badan sendiri sesuai dengan vokal biasa saya kerana tujuan saya hanyalah untuk melengkapkan impian saya untuk memiliki lagu nyanyian sendiri,” katanya.
Berhubung pembabitannya dengan Rabbani, sudah 30 tahun mereka bersama dan pasti sukar sekali untuk mengucapkan ‘salam perpisahan’.
“Tiga tahun lalu iaitu selepas beberapa tahun Ustaz Asri meninggal dunia, saya terasa sunyi kerana ketika hayatnya ada kami berdua sering bersama-sama berurusan dengan pelbagai pihak untuk memastikan kelancaran kerjaya seni Rabbani.
“Bagaimanapun, selepas saya berbincang semula dengan semua anggota Rabbani dan dengan keizinan mereka membenarkan saya bergerak bebas, saya terus kekal bersama kumpulan itu dan hubungan kami terus utuh sehingga kini,” katanya.
“Alhamdulillah, sudah 30 tahun Rabbani meneruskan perjuangan dakwah, bukan saja di pentas persembahan, malah Rabbani juga rancak berniaga, menguruskan acara dan membekalkan sistem bunyi,” katanya.
Azadan baru saja pulang daripada program Kembara Jiwa dan Kemanusiaan, Ziarah Ke Istanbul serta umrah. Dia akan berangkat mengerjakan umrah sekali lagi bulan depan.
The post Azadan bukan mahu ‘berlawan’ appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Azadan bukan mahu ‘berlawan’
Anda sekarang membaca artikel Azadan bukan mahu ‘berlawan’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/azadan-bukan-mahu-berlawan.html