AZMIN TAKUT KELEMAHAN TERDEDAH

AZMIN TAKUT KELEMAHAN TERDEDAH - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AZMIN TAKUT KELEMAHAN TERDEDAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AZMIN TAKUT KELEMAHAN TERDEDAH
link : AZMIN TAKUT KELEMAHAN TERDEDAH

Baca juga


AZMIN TAKUT KELEMAHAN TERDEDAH

Arahan semua jabatan, agensi serta anak syarikat kerajaan negeri menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian dianggap tindakan politik bagi menyekat pihak akhbar daripada mendedahkan kelemahan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mentadbir Selangor sebagai Menteri Besar.

Budiman Mohd. Zohdi (BN-Sungai Panjang) berkata, Moha­med Azmin harus berfikiran terbuka serta berani me­ne­rima kritikan daripada pelbagai pihak khususnya media termasuklah membabitkan hal-hal dalam pentadbirannya.

“Bagaimanapun, beliau (Mohamed Azmin) bertindak seper­ti takut kepada bayang-bayang sendiri. Jangan anggap media sebagai batu penghalang kepada cita-cita politiknya.

“Menteri Besar perlu ingat pentadbirannya bukanlah maksum. Justeru, isu atau masalah yang dilaporkan mengenai kelemahan pentadbiran Selangor harus dijadikan fokus kepada beliau untuk membuat penambahbaikan, bukannya menuduh akhbar itu sebagai penyebar fitnah,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Terdahulu, Mohamed Azmin dalam sesi pertanyaan mem­pertahankan arahannya yang tidak membenarkan mana-mana jabatan, agensi atau anak-anak syarikat kerajaan negeri melanggan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Sementara itu, Shahrum Mohd. Shariff (BN-Dengkil) menasihati Mohamed Azmin supaya mencontohi sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terbuka meskipun menjadi sasaran fitnah serta tohmahan.

Utusan


Demikianlah Artikel AZMIN TAKUT KELEMAHAN TERDEDAH

Sekianlah artikel AZMIN TAKUT KELEMAHAN TERDEDAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AZMIN TAKUT KELEMAHAN TERDEDAH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/azmin-takut-kelemahan-terdedah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :