Beli 25 iPhone X Untuk Lamar Kekasih

Beli 25 iPhone X Untuk Lamar Kekasih - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beli 25 iPhone X Untuk Lamar Kekasih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beli 25 iPhone X Untuk Lamar Kekasih
link : Beli 25 iPhone X Untuk Lamar Kekasih

Baca juga


Beli 25 iPhone X Untuk Lamar Kekasih


BEIJING – Terdapat pelbagai cara kreatif yang digunakan ketika ini untuk melamar pasangan masing-masing termasuklah taktik paling tidak masuk akal sekali bagi orang kebanyakan.

Dengan iPhone X yang baru dilancarkan pada 3 November lepas untuk 50 buah negara terawal, sorang jurutera dari Shenzhen, China telah menarik perhatian dunia dengan cara unik lamaran beliau terhadap pasangannya.

Menurut laporan Apple Daily, lelaki dikenali dengan nama Chen itu ialah pengaturcara permainan dan telah beli bukan satu iPhone X tetapi 25 peranti premium tersebut untuk melamar teman wanitanya yang bernama Lee.

Bantuan diberi beberapa rakan dan ahli keluarga kedua-dua pihak demi menjayakan rancangan ini. Chen berkata, mereka bertemu disebabkan permainan dibangunkan beliau dan kedua-duanya suka bermain permainan video.



Jumlah 25 unit iPhone X yang dibeli itu bersempena usia teman wanita beliau iaitu 25 tahun pada tahun ini. Kesemua peranti itu disusun mengikut bentuk hati dan kotak cincin diletak di tengah kelopak bunga ros atas lantai.

Sudah tentu, Lee menerima lamaran romantik yang premium dan berkos mahal tersebut. Selepas melamar, Chen telah memberikan iPhone X kepada rakan dan ahli keluarga masing-masing sebagai hadiah. Wow!!!

Kos sebuah iPhone X di pasaran China ialah bermula daripada harga serendah kira-kira 8,388 yuan (RM5,356), dan jika dikira congak jumlah kesemuanya, Chen perlu membayar sebanyak 209,700 yuan (RM133,915).

Bagi gadis yang masih menunggu dilamarkan, anda boleh tunggu pada atau selepas 24 November ini untuk jualan rasmi iPhone X di Malaysia, dan siapakah yang akan belinya untuk melamar anda. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Beli 25 iPhone X Untuk Lamar Kekasih

Sekianlah artikel Beli 25 iPhone X Untuk Lamar Kekasih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beli 25 iPhone X Untuk Lamar Kekasih dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/beli-25-iphone-x-untuk-lamar-kekasih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :