Berdebar Tunggu Kunjugan Bakal Mertua Dari Maghribi

Berdebar Tunggu Kunjugan Bakal Mertua Dari Maghribi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berdebar Tunggu Kunjugan Bakal Mertua Dari Maghribi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berdebar Tunggu Kunjugan Bakal Mertua Dari Maghribi
link : Berdebar Tunggu Kunjugan Bakal Mertua Dari Maghribi

Baca juga


Berdebar Tunggu Kunjugan Bakal Mertua Dari Maghribi

Selepas memutuskan untuk berkahwin dengan gadis pilihan hatinya dikenali sebagai Sanaa Jeljalane, pelakon Idris Khan mengaku berdebar menantikan kunjungan bakal mentuanya dari Maghribi dalam tempoh terdekat ini.

Memetik laporan BH online, aktor berusia 29 tahun ini berkata, sebelum ini dia hanya pernah berhubung dengan kedua ibu bapa kekasihnya itu melalui internet.

“Mereka memang mengetahui perihal hubungan kami dan turut gembira dengan berita rancangan perkahwinan ini. Mungkin ada sedikit debaran kerana sebelum ini saya dan ibu bapanya hanya berhubung menerusi maya,” katanya.

Idris dan Sanaa bakal bernikah 20 Januari depan setelah dua tahun menjalin hubungan cinta. Majlis pernikahan mereka akan diadakan di Kuala Lumpur untuk kedua-dua pihak dan tiada majlis resepsi di Maghribi.

“Bakal isteri kini pulang ke negaranya, Maghribi, untuk menguruskan dokumen diperlukan bagi pernikahan kami, memandangkan dia bukan rakyat Malaysia. Syukur proses itu berjalan lancar.

“Andai tiada aral, kami akan bernikah pada 20 Januari 2018, tetapi setakat ini lokasi hari bersejarah buat kami nanti belum ditentukan. Saya sendiri masih memilih tempat bersesuaian.

“Apa pun, hanya sebuah majlis diadakan di Kuala Lumpur untuk kedua-dua pihak kerana keluarga kami kecil saja. Jadi, tiada majlis resepsi di Maghribi. Keluarganya juga akan datang ke sini nanti,” kata pelakon drama Duda Terlajak Laris ini

Dalam pada itu Idris berkata, bagi mengukuhkan masa depan bersama wanita yang sanggup menetap di negara ini selepas berkahwin, beliau akan mengusahakan perusahaan pertanian di ladang keluarga di Melaka.

Selain itu menerusi syarikat penerbitan Centro Pictures dia kini menjayakan penggambaran filem mengenai tentera udara, yang juga sebuah kisah benar.

The post Berdebar Tunggu Kunjugan Bakal Mertua Dari Maghribi appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Berdebar Tunggu Kunjugan Bakal Mertua Dari Maghribi

Sekianlah artikel Berdebar Tunggu Kunjugan Bakal Mertua Dari Maghribi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berdebar Tunggu Kunjugan Bakal Mertua Dari Maghribi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/berdebar-tunggu-kunjugan-bakal-mertua.html

Subscribe to receive free email updates: