link : BN KESAL DAP MAHU PANGKOR BEBAS CUKAI PUN JUAL ARAK
BN KESAL DAP MAHU PANGKOR BEBAS CUKAI PUN JUAL ARAK
APABILA Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadikan Langkawi di Kedah sebagai pulau bebas cukai sejak 1987, semua maklum pembangkang bising konon arak bebas dijual murah secara berleluasa!
Maka puak antikerajaan menggelar Langkawi ketika itu bukan lagi ibarat padang jarak padang terkukur, tetapi menjadi padang arak, padang pelacur akibat pemansuhan duti cukai terhadap minuman keras dan sebagainya.
Ironi, kali ini Pakatan Harapan didalangi DAP secara terbuka ‘bising’ apabila usaha kerajaan menjadikan Pangkor di Perak sebagai pulau bebas cukai yang baharu hanya kerana enggan membenarkan produk alkohol dijual di situ.
Kesal dengan isu itu, seorang pemimpin kanan UMNO negeri tersebut tampil mempertahankan keputusan kerajaan pusat meluluskan Pangkor sebagai pulau bebas cukai waima dibantah DAP gara-gara penjualan arak diharamkan.
Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Shaarani Mohamad sebaliknya mempertikai saranan Ngeh Koo Ham (ADUN DAP Sitiawan) yang bertegas mahu penjualan arak kerana konon boleh tarik ramai orang melawat Pangkor.
Pemimpin DAP Perak itu malah tidak bersetuju Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2018 yang menolak usaha penjualan alkohol, rokok dan automotif setelah Pangkor diisytiharkan bebas cukai.
Mengulas isu ini, Saarani berkata, desakan DAP itu “tidak memeranjatkan UMNO” dan berkata bantahan Koo Ham itu berdasarkan tanggapan konon hanya kerana pulau bebas cukai ia menjadi tidak bermakna tanpa ada alkohol.
Kata Koo Ham dalam satu kenyataan bertulis disiarkan portal pembangkang bahawa adalah sia-sia mengisytiharkan Pangkor sebagai pulau bebas cukai jika tidak meliputi sama dengan penjualan kenderaan, alkohol, dan rokok.
“Tiga benda ini yang dorong pelawat datang untuk beli dan peroleh keuntungan kerana ia tidak dikenakan sebarang cukai,” kata Kam Hoo yang turut mengejutkan umat Islam selepas digemparkan dengan isu kontroversi pesta arak.
Sharaani yang juga ADUN BN Kota Tampan ketika menjawab bantahan Koo Ham berkata, pembangkang akan tetap memperlekeh Pangkor walaupun diberi pengiktirafan pulau bebas cukai sepenuhnya, seperti kes Langkawi dahulu.
“Saya masih ingat lagi kata-kata pembangkang ketika itu, kalau dulu Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur akibat sumpahan wanita legenda Mahsuri, kini sudah menjadi padang arak, padang pelacur,” kata beliau.
Untuk rekod pada awal tahun lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd kadir memberi jaminan bahawa Pulau Pangkor tidak berhasrat mengikut jejak Langkawi yang amat popular dengan penjualan arak dan rokok.
Beliau yang juga ADUN BN Pangkor berkata langkah ini bagi memastikan nasib pulau berkenaan tidak menjadi seperti Pulau Langkawi yang terkenal dengan destinasi bebas cukai untuk segala jenis minuman keras dan rokok.
“Kita telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan Kedua yang baharu, beliau akan melihat semula apakah bentuk paling sesuai untuk melaksanakan idea menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai.
“Konsep kita ialah hendak menjadikan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai berbeza daripada Langkawi yang mana sebut sahaja Langkawi, orang luar pastinya akan ingat jualan berleluasa pelbagai jenama arak dan rokok.
“Buat Pangkor kita nak sesuatu tarikan berbeza apabila ia menjadi pulau bebas cukai,” demikian beliau dilaporkan berkata. Inisiatif kerajaan negeri menjadikan Pangkor sebagai pulau bebas cukai dibuat beberapa tahun lalu lagi.
Namun akibat “lewat memperoleh jawapan rasmi”, Zambry sendiri sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang berbentuk rayuan meminta Kementerian Kewangan supaya dapat menimbangkan permohonan mereka.
Setakat ini hanya Labuan dekat Sabah, Langkawi dan Tioman di Pahang yang diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai manakala status sama pernah dinikmati Pulau Pinang kemudian ditarik balik pada dekad 1970-an.
Labuan yang juga diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua selepas Kuala Lumpur pada 1984 diwartakan sebagai pulau bebas cukai pada 1 September 1956 melalui Ordinan Kastam (Pindaan No.2) 1956.
Sementara itu pada 1 Januari 1987, Langkawi menerima keistimewaan tersebut melalui Akta Kewangan (No. 2) 1986 dan diikuti pada 1 September 2002 bagi Tioman melalui Akta Kastam (Pindaan) 2002 (Akta 1162).
Barangan bebas cukai di ialah semua jenis kecuali petroleum dan barang keluaran petroleum. Namun semua jenis kenderaan bermotor adalah berduti/cukai bagi Tioman seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Duti Kastam (Tioman) 2004, Perintah Duti Eksais (Tioman) 2004 dan Perintah Cukai Jualan (Tioman) 2004.
Bagi Langkawi, barangan yang disenarai di bawah Perintah Duti Kastam (Langkawi) 1986 iaitu simen, marmar, getah dan ikan bilis yang dibawa masuk dari luar Malaysia adalah dikenakan duti/cukai mengikut kadar ditetapkan.
Pulau Bebas Cukai ditubuhkan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menggalakkan industri perdagangan dan pelancongan. Bagi mencapai tujuan tersebut, pelawat tempatan dan pelawat asing yang datang atau balik setelah berada di situ lebih 24 jam bagi Labuan atau 48 jam di Langkawi / Tioman adalah layak menikmati pengecualian duti di bawah Butiran 19 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988.
Bagi barang-barang yang melebihi had yang ditetapkan di bawah Butiran 19, ianya akan dikenakan duti dengan kadar 30% ke atas nilai barangan kecuali bagi bir / minuman keras, rokok / tembakau, tayar dan tiub dimana kadar duti/cukai adalah mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Perintah Duti Kastam. – Agensi

Demikianlah Artikel BN KESAL DAP MAHU PANGKOR BEBAS CUKAI PUN JUAL ARAK
Sekianlah artikel BN KESAL DAP MAHU PANGKOR BEBAS CUKAI PUN JUAL ARAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BN KESAL DAP MAHU PANGKOR BEBAS CUKAI PUN JUAL ARAK dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/bn-kesal-dap-mahu-pangkor-bebas-cukai.html