BPR buktikan masih unggul

BPR buktikan masih unggul - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BPR buktikan masih unggul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BPR buktikan masih unggul
link : BPR buktikan masih unggul

Baca juga


BPR buktikan masih unggul

Teruja! Mungkin ini yang berada dalam kepala lebih 700 penonton yang hadir ke persembahan istimewa band rock popular era 1980-an, Bumiputera Rockers (BPR) di Hard Rock Cafe, Melaka, baru-baru ini.

Ia adalah persembahan sempena ulang tahun ke-30 penubuhan band yang dianggotai Joey (penyanyi), Awang (gitar), Yem Bai (bass), Enal (dram) dan Mali (keyboard/gitar) itu.

Peminat sudah mula membanjiri pekarangan pusat hiburan itu seawal jam 3 petang.

Selain itu, turut diadakan beberapa aktiviti anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti kempen pencegahan jenayah, pameran dadah dan persembahan kawad kaki.

BPR tampil di pentas pada jam 4.30 petang dengan lagu pertama Barah Berbisa. Lagu yang dipetik daripada album kedua berjudul Bisa ini ternyata memikat ratusan rocker untuk memenuhi ruang di depan pentas.

“Terima kasih kerana sudi hadir ke persembahan berbayar kami. Kami sungguh terharu dan menghargai sokongan anda semua yang tidak jemu-jemu mendengar lagu kami,” kata Joey.

Mereka kemudian tampil dengan lagu kedua berjudul 1511 yang diberi nafas lebih segar dengan susunan muzik padat bersesuaian dengan cita rasa pendengar masa kini.

BPR kemudian membawa peminat melatari melodi serta lirik mengenai ketuhanan melalui lagu Maghrib.

Peminat seakan-akan tersentak apabila lagu Aku Hanya Serangga dipersembahkan. Lagu popular daripada album Bisa itu turut dinyanyikan bersama penonton sekali gus mengubah lokasi menjadi bingit seketika.

Persembahan kemudian dihentikan seketika bagi memberi ruang kepada acara cabutan bertuah ulang tahun berkenaan.

BPR kemudian menyampaikan lagu yang berjudul Sudah Sampai Di Sini yang dipetik dari album Kelab Jiwa Luka dalam versi akustik dan lagu Silaturrahim.

Joey berkata, dia bersyukur kerana muzik rock kini diterima umum walaupun satu ketika dahulu kerap dikecam.

Turut hadir menonton persembahan mereka ialah penyanyi rock legenda Datuk Ramli Sarip yang turut naik ke pentas menyanyikan lagu Kamelia.

Menurut Joey, Ramli adalah individu yang bertanggungjawab membawa BPR ke industri muzik tanah air.

Malah, beliau juga yang mencadangkan nama Bumiputera Rockers kepada mereka yang kekal hingga hari ini.

Ketika itu BPR band pengiring kepada Ramli yang baru memulakan karier solonya selepas keluar dari Sweet Charity.

BPR menghangatkan pentas dengan popular Harum Subur Di Hati serta lagu daripada album sulung Selamat Pagi Malaysia berjudul Bersyukurlah.

Selepas berehat selama 20 minit, BPR kembali mempersembahkan lagu Selamat Pagi Malaysia.

Tanpa lagu Dari Sinar Mata, persembahan BPR mungkin tidak akan berseri. Hasilnya sekali lagi ruang Hard Rock Cafe bergema dengan suara penonton yang turut menyanyi bersama.

Sebuah lagu ‘fast’, Pudar Seri Primadona kembali mengembalikan keterujaan peminat sebelum mereka menghangatkan lagi dengan lagu Air Mata Jernih, Dajal dan Pontianak Gua Musang.

Bagi meredakan situasi yang agak tegang dengan lagu yang berentak pantas, mereka kemudian mendendangkan lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin yang juga lagu paling popular BPR.

Sekali lagi atmosfera pusat hiburan itu bergema dengan lontaran suara penonton.

Selain itu mereka turut membawakan lagu ‘cover’ daripada Deep Purple iaitu Smoke On The Water dan diakhiri dengan lagu Yakjud & Makjud.

Walaupun dilabel sebagai band rock veteran, BPR membuktikan mereka masih unggul dan mampu mengundang peminat untuk hadir ke persembahan berbayar.

The post BPR buktikan masih unggul appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel BPR buktikan masih unggul

Sekianlah artikel BPR buktikan masih unggul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BPR buktikan masih unggul dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/bpr-buktikan-masih-unggul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :