Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM

Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM
link : Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM

Baca juga


Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM


HANYA kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit.

Demikian pepatah yang sesuai diberikan atas tindakan seorang pemandu teksi ini yang menggenakan tambang tidak masuk akal terhadap penumpang warga asing, sekaligus memburukkan imej pemandu-pemandu teksi lain.

Harian Metro melaporkan, pemandu teksi tamak itu meminta bayaran tambang sebanyak RM160 daripada penumpang warga Myanmar bagi jarak perjalanan yang tidak sampai 10 kilometer (km).

Caj tersebut difahamkan diminta selepas menghantar mangsa dari Jalan Bukit Petaling ke Kota Raya.

Tidak berpuas hati dengan caj tambang tidak munasabah itu, mangsa kemudian membuat aduan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), pada Rabu.

Bertindak atas aduan, pihak SPAD berjaya mengesan dan menahan pemandu teksi terbabit di sekitar TBS.

“SPAD kemudian menahan dan mengambil keterangan dari pemandu teksi itu.

“Pemandu teksi itu kemudian mendakwa hanya meminta caj tambang sebanyak RM100 daripada mangsa,” kata jurucakap SPAD memetik portal tersebut.

Tambahnya, SPAD turut menyita teksi model Proton Saga BLM yang digunakan pemandu terbabit bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan notis 80 akta sama atas kesalahan tidak menggunakan meter tambang.

Tatkala perkhidmatan awam kini semakin banyak ditawarkan dan pelanggan mempunyai pilihan, pemandu-pemandu teksi seharusnya belajar daripada kesilapan dan tidak ambil kesempatan terhadap penumpang kerana pada akhirnya, ia akan merugikan periuk nasi pemandu teksi itu sendiri. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM

Sekianlah artikel Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/caj-rm160-untuk-jarak-perjalanan-kurang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :