Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri

Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri
link : Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri

Baca juga


Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri


KOTA BHARU – Dicucuh dengan api rokok dan kulitnya ditoreh guna pisau.

Itu penderitaan dialami seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang didera bapa kandungnya sendiri, Sabtu lalu.

Mangsa, Khairunisa Mohd Safizam yang kini trauma diperlakukan sedemikian selepas bapanya berpisah dengan ibunya sejak tiga bulan lalu.

Difahamkan, bapa kanak-kanak itu mahu rujuk dengan ibunya namun permintaannya ditolak.

Susulan tidak berpuas hati dengan keputusan bekas isterinya, suspek menjadikan mangsa tempat melepaskan kemarahannya.

Mangsa juga tidak dihantar ke sekolah sejak sebulan lalu dan sering didera bapanya selain dibiarkan kelaparan.

Ibunya, Nurul Hazwani Shahferi, 27, berkata, setelah berpisah dengan suaminya sejak tiga bulan lalu, Khairunnisa dan anak keduanya tinggal bersama lelaki itu.

“Sebelum ini bekas suami tidak pernah bertindak demikian dan hanya lepaskan marah dan tidak pernah pukul anak.

“Namun selepas bercerai, dia bertindak agresif kerana anak sulung, Khairunnisa mempunyai wajah seiras saya.

“Kerana hajatnya tidak dituruti, dia sanggup mendera anaknya sendiri tanpa belas kasihan dan mengugut saya akan cederakan anak, jika saya terus berdegil,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Nurul Hazwani berkata, tidak tahan dengan perangai bekas suami selepas mengetahui anak sulungnya didera, dia terus membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian dan bersama pihak polis dia terus ke rumah lelaki itu untuk mengambil Khairunnisa.

“Memang perbuatannya melampau, kerana marahkan saya dia sanggup dera anak sendiri. Di mana kasih sayang seorang ayah kepada anak? Sanggup memperlakukan anak kandung sedemikan rupa.

“Apapun saya serahkan kes ini kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Ismail Mat Sidik mengesahkan menerima laporan dan menurutnya suspek ditahan reman dan kes disiasat untuk tindakan susulan. – SINAR HARIAN
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri

Sekianlah artikel Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/dera-anak-kandung-kerana-wajah-seiras.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :