Dikutuk Tak Pandai B.I Jumpa Ed Sheeran

Dikutuk Tak Pandai B.I Jumpa Ed Sheeran - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dikutuk Tak Pandai B.I Jumpa Ed Sheeran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dikutuk Tak Pandai B.I Jumpa Ed Sheeran
link : Dikutuk Tak Pandai B.I Jumpa Ed Sheeran

Baca juga


Dikutuk Tak Pandai B.I Jumpa Ed Sheeran

PENYAMPAI radio Era FM, Jaa Suzuran mengakui berasa terguris hati dengan komen negatif netizen yang menganggap dia tidak layak untuk menemubual penyanyi antarabangsa Ed Sheeran berikutan tidak fasih berbahasa Inggeris (BI).

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 23, berkata, biarpun kurang fasih, penyanyi antarabangsa itu faham dengan persoalan yang diajukan sepanjang sesi temuramah itu.

“Saya kecil hati dengan komen netizen yang menganggap saya tidak layak dan minta tugasan itu diberikan kepada orang lain yang lebih cerdik.

“Pada saya apa yang penting Ed Sheeran faham dengan soalan yang saya beri, malah dia juga terhibur sepanjang sesi temuramah itu berlangsung,” ujarnya .

Jaa berkata demikian bagi mengulas tentang kritikan netizen terhadap video temuramahnya dengan penyanyi lagu Perfect ketika mengadakan konsert di Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

Kata Jaa, sesi temuramah itu berlangsung dengan baik, malah penyanyi itu sendiri senang dan meminta pengurusannya menonton temubual berkenaan.

“Saya pernah temuramah dia pada Februari lalu dan dia masih ingat. Dia panggil pihak pengurusannya untuk tonton rakaman itu sebelum kami bermula.

“Dia terhibur kerana temubual sebelum ini terlalu serius,” ujarnya.

Bagaimanapun, Jaa berkata, dia mengambil berat tentang pengusaan bahasa itu dan berhasrat untuk belajar bahasa Inggeris bagi meningkatkan kemahiran komunikasinya.

“Bagus juga ada yang komen begitu, sekurang-kurangnya saya ada inisiatif untuk belajar bahasa Inggeris selepas ini.

“Buat masa ini saya belajar dengan Hanif Hamzah dan minta dia bercakap dalam bahasa Inggeris setiap hari dengan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jaa berkata, dia kini dalam perancangan untuk menemuramah pelakon antarabangsa iaitu Dwayne Douglas Johnson atau The Rock dalam rangka promosi filem terbaharu pelakon itu tidak lama lagi.

Jaa juga pernah menemubual pelakon Bollywood iaitu Shah Rukh Khan sebelum ini dan diberi penghormati mengunjungi rumah aktor itu.

The post Dikutuk Tak Pandai B.I Jumpa Ed Sheeran appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dikutuk Tak Pandai B.I Jumpa Ed Sheeran

Sekianlah artikel Dikutuk Tak Pandai B.I Jumpa Ed Sheeran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dikutuk Tak Pandai B.I Jumpa Ed Sheeran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/dikutuk-tak-pandai-bi-jumpa-ed-sheeran.html

Subscribe to receive free email updates: