Guru didakwa tulis mesej palsu dalam group WhatsApp

Guru didakwa tulis mesej palsu dalam group WhatsApp - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru didakwa tulis mesej palsu dalam group WhatsApp, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru didakwa tulis mesej palsu dalam group WhatsApp
link : Guru didakwa tulis mesej palsu dalam group WhatsApp

Baca juga


Guru didakwa tulis mesej palsu dalam group WhatsApp

Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) menjadi orang pertama di Malaysia yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membabitkan perkhidmatan aplikasi WhatsApp secara berkumpulan.

Rafeah Buang, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi WhatsApp dengan niat menyakitkan hati orang lain, 3 tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Rafeah yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Semporna, didakwa memulakan penghantaran komunikasi palsu sifatnya ke kumpulan WhatsApp ‘KARPET KEMAS 189-SEMPORNA’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 11 Disember 2014 kira-kira pukul 1.00 tengah hari di Hospital Semporna.

Dalam kumpulan WhatsApp itu, dia didakwa menghantar status berbentuk makluman agar berhati-hati dengan sebuah kereta Proton Hitam dengan nombor pendaftaran SAA6086T dipercayai pemandu kenderaan itu merupakan seorang perogol dan untuk tujuan keselamatan, sebar kepada keluarga dan rakan-rakan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali dan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Mohd Sophian Zakaria.

Hakim Awang Krisnada kemudian membenarkan jaminan RM2,500 berserta seorang penjamin yang memiliki alamat tetap di Semporna.

Hakim turut menetapkan sebutan semula kes pada 31 Januari 2018 untuk pengurusan kes dan lantikan peguam.


Demikianlah Artikel Guru didakwa tulis mesej palsu dalam group WhatsApp

Sekianlah artikel Guru didakwa tulis mesej palsu dalam group WhatsApp kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru didakwa tulis mesej palsu dalam group WhatsApp dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/guru-didakwa-tulis-mesej-palsu-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :