ISU AIR SELANGOR : CUKUP-CUKUPLAH AZMIN MAIN POLITIK – NAZRI

ISU AIR SELANGOR : CUKUP-CUKUPLAH AZMIN MAIN POLITIK – NAZRI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ISU AIR SELANGOR : CUKUP-CUKUPLAH AZMIN MAIN POLITIK – NAZRI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ISU AIR SELANGOR : CUKUP-CUKUPLAH AZMIN MAIN POLITIK – NAZRI
link : ISU AIR SELANGOR : CUKUP-CUKUPLAH AZMIN MAIN POLITIK – NAZRI

Baca juga


ISU AIR SELANGOR : CUKUP-CUKUPLAH AZMIN MAIN POLITIK – NAZRI

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali disaran cukup-cukuplah berpolitik sebaliknya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kebajikan dan kepentingan rakyat khususnya berhubung isu penyelesaian air di negeri berkenaan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Mohd Nazri Amin berkata adalah satu perkara yang amat menyedihkan dan tidak seharusnya berlaku kerana masalah air merupakan keperluan asas yang perlu diberikan keutamaan oleh Azmin selaku Menteri Besar.

Menurut beliau kenyataan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar baru-baru ini mengenai soal berkenaan telah menimbulkan seribu satu persoalan sejauh mana keseriusan Azmin dalam menyelesaikan perkara tersebut.

“Amat hairan dan amat mendukacitakan apabila bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat berjaya menyelesaikan masalah air di negeri Selangor ketika pentadbirannya. Namun sepertimana kata Tan Sri Noh, isu itu timbul semula ketika Datuk Seri Azmin Ali mengambil alih tampuk pemerintahan Khalid.

“Berdasarkan kenyataan ini, jelas Menteri Besar ini lebih suka bermain politik dan bukannya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Apa pun kita tidak pelik kerana sebelum ini pelbagai perkara menjadi bahan politik beliau.

“Nampaknya Selangor hari ini cukup malang kerana menteri besarnya lebih gemar berpolitik daripada melihat secara jauh isu-isu yang dibangkitkan khususnya dalam soal air ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Memetik laporan, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat berjaya menyelesaikan masalah air di negeri Selangor ketika pentadbirannya, dakwa Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.

Bagaimanapun, Noh berkata isu itu timbul semula ketika Datuk Seri Azmin Ali mengambil alih tampuk pemerintahan Khalid. Noh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuannya dengan Khalid dan ketiga-tiga bekas menteri besar Selangor iaitu Tan Sri Khir Toyo, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib tempoh hari.

“Keempat-empat mereka ini lahirkan rasa kecewa dengan sikap Menteri Besar yang ada hari ini kerana dilihat mentadbir negeri Selangor lain dari apa yang sepatutnya.

“Ada perkara, dasar yang dia (keempat-empat menteri besar) masing-masing buat, bila dasar-dasar itu tidak diteruskan, dia (Azmin) buat dasar baru yang boleh merugikan rakyat.

“Tan Sri Khalid antaranya masalah air (ketika pemerintahannya) dah selesai. Bahagian itu sepatutnya sudah selesai. Bila tukar Menteri Besar lain pula dasarnya,” katanya.

Nazri seterusnya menegaskan Azmin dan barisan kepimpinan kerajaan negeri perlu segera mencari jalan penyelesaian terbaik dan bukannya menjadikan bahan berkenaan sebagai senjata politik kerana yang menanggung kesan dan akibatnya adalah rakyat.

Jadi kepada masyarakat diluar sana, ujarnya, mereka boleh membuat penilaian bagaimana sebuah kerajaan negeri yang melaung-laungkan perjuangan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat mengotakan janji mereka.

“Inilah perjuangan mereka dan inilah yang kita boleh nampak. Sepatutnya soal dan perkara ini perlu diselesaikan secepat mungkin dan Azmin sekali lagi kita minta untuk beliau segera mencari penyelesaian dalam soal ini untuk manfaat dan kepentingan bersama,” katanya. – MediaUMNO


Demikianlah Artikel ISU AIR SELANGOR : CUKUP-CUKUPLAH AZMIN MAIN POLITIK – NAZRI

Sekianlah artikel ISU AIR SELANGOR : CUKUP-CUKUPLAH AZMIN MAIN POLITIK – NAZRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ISU AIR SELANGOR : CUKUP-CUKUPLAH AZMIN MAIN POLITIK – NAZRI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/isu-air-selangor-cukup-cukuplah-azmin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :