link : ISU AMIRUDDIN: PAS KEDAH PERLU AMBIL IKTIBAR
ISU AMIRUDDIN: PAS KEDAH PERLU AMBIL IKTIBAR
Rata-rata hari ini kita dapat perhatikan komen-komen dari ramai pemimpin PAS khususnya di Kedah yang mengulas mengenai tindakan Adun Anak Bukit, Dato’ Amiruddin Hamzah yang keluar parti dan menyertai parti ‘cap bunga’.
Meneliti satu-persatu komen yang diberikan, penulis dapati bahawa meskipun majoriti dari mereka sudah menjangka tentang tindakan Amiruddin dan seolah ‘lega’ dia keluar parti, namun jelas ia merupakan satu ‘kehilangan’ bagi PAS Kedah.
Amiruddin sebelum ini merupakan ‘orang kanan’ Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak, mantan Menteri Besar Kedah. Dia bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri dan dikatakan menyebelahi arwah ketika PAS Kedah menghadapi konflik menjelang PRU ke-13 dulu.
Namun setelah Ustaz Azizan meninggal dunia, dia seolah-olah membuat pusingan-U terutama selepas pemilihan pucuk pimpinan PAS yang menyaksikan Mat Sabu serta konco-konconya tewas teruk, dan kemudian menubuhkan PAN.
Amiruddin pernah ditawar menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah atas ketokohannya, namun dia tolak. Penolakannya itu memberi gambaran awal tentang sikap dan perjuangan sebenar dirinya menceburi dunia politik.
Paling jelas kini, ternyata secara zahir bahawa Amiruddin lebih mengejar kuasa politik berbanding keredhaan Allah, bukan? Maka kerana itulah dia tinggalkan PAS dan menyertai parti ‘cap bunga’ yang ketandusan pemimpin di negeri itu.
Penulis juga yakin bahawa ramai yang tahu tentang hubungan baik antara Amiruddin dengan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini. Kedua-duanya orang kuat Ansara. Walau berlainan parti sebelum ini, namun mereka bukan musuh politik mahupun peribadi.
Maka tidak hairanlah jika dia memilih parti ‘cap bunga’ berbanding PAN atau PKR. Lagipun, dia sedar tentang populariti Mukhriz dan tahap pemikiran penyokong parti ‘cap bunga’ yang mudah diperbodoh-bodohkan, maka apa salahnya dia sertai, bukan?
Lagipun, jika dia sertai parti ‘cap bunga’, maka dia berpontesi besar untuk terpilih sebagai calon pilihan raya berbanding PAN dan PKR yang sudah mempunyai calon dan kawasan sasaran. Maka mungkin kerana itu dia pilih parti Mukhriz.
Pada hemat penulis, tindakan Amiruddin itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada PAS Kedah, terutama Pesuruhjayanya, Ahmad Fakhruddin Fakrurazi yang gagal mengawal, bertindak tegas dan mempengaruhi semua pemimpin PAS untuk terus istiqamah bersama partinya.
Dalam bahasa utara, Ahmad Fakhruddin dilihat sangat ‘loi’ berbanding arwah Ustaz Azizan yang bijak mengawal dan tegas pendiriannya. PAS kini semakin tertekan di Kedah dan mengharapkan pemimpin yang lebih berwibawa untuk berdepan PRU ke-14.
Penulis melihat, AJK PAS Pusat, Muhammad Sanusi Mohd Nor lebih layak untuk memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah berbanding Ahmad Fakhruddin. Dia merupakan bekas Setiausaha Politik arwah Ustaz Azizan dan sudah tentu mampu meneruskan legasi kepimpinannya, bukan?
Lagipun, Ahmad Fakhruddin merupakan calon yang kalah pada PRU ke-13 lalu. Entah mengapa, PAS Pusat melantiknya sebagai Pesuruhjaya sedangkan Muhammad Sanusi jauh lebih berketerampilan dan mampu dalam pelbagai aspek.
Sejujurnya, sekiranya penulis berada di tempat Ahmad Fakhruddin, nescaya penulis sudah meletak jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah. Sebelum terlambat, lebih baik PAS Kedah dikemudi oleh pemimpin yang lebih mampu memberi cabaran kepada Pakatan Harapan di negeri itu.
Jika tidak, berkemungkinan besar PAS Kedah akan berada di kedudukan paling corot di kalangan tiga parti yang bertanding pada PRU ke-14 nanti. Sebagai parti yang pernah memerintah Kedah sepenggal, mahukah PAS Kedah malu besar? Tepuk dada, tanya selera.

Demikianlah Artikel ISU AMIRUDDIN: PAS KEDAH PERLU AMBIL IKTIBAR
Sekianlah artikel ISU AMIRUDDIN: PAS KEDAH PERLU AMBIL IKTIBAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ISU AMIRUDDIN: PAS KEDAH PERLU AMBIL IKTIBAR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/isu-amiruddin-pas-kedah-perlu-ambil.html