Jalani Hidup Lebih Bahagia Tanpa Suami

Jalani Hidup Lebih Bahagia Tanpa Suami - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jalani Hidup Lebih Bahagia Tanpa Suami, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jalani Hidup Lebih Bahagia Tanpa Suami
link : Jalani Hidup Lebih Bahagia Tanpa Suami

Baca juga


Jalani Hidup Lebih Bahagia Tanpa Suami

Penyanyi terkenal Janet Jackson kini kelihatan semakin hebat selepas melahirkan anak pertamanya, Eissa. Malah Kebelakangan ini Jackson tampak langsing dan muda apabila tampil di pentas dan di majlis-majlis keramaian.

Menurut sumber yang memberitahu E!News September lalu, Janet telah kehilangan berat badan lebih 45 kilogram selapas mengamalkan aktiviti olahraga dan menjaga pemakanannya.

“Dia sangat gembira dengan perubahan itu dan sangat yakin untuk terus bekerjasama dengan jurulatih dan pakar pemakanannya. Memulakan aktiviti fizikal pada awal pagi hampir setiap hari, dalam masa yang sama menikmati makanan sihat dan mengelak daripada mengambil makanan berlemak.

Dulu, Janet makan mengikut emosinya tetapi sekarang dia sudah berubah,” ujar sumber terdekat penyanyi itu.

Malah, fikirannya juga dikatakan sudah tenang apabila setiap hari berusaha untuk membuatkan hidupnya seimbang selain turut melakukan aktiviti yoga dan pilates.

Menurut sumber tersebut lagi, Eissa, bayi lelaki yang dilahirkan pada Januari 2017 juga memberikan kebahagiaan yang tak terhingga buat penyanyi pop tersebut.

“Eissa adalah segala-galanya, dia sangat sayangkan Eissa dan apabila anak itu tiada bersama, dia seperti tidak boleh berhenti bercerita tentangnya. Dia melibatkan Eissa dalam hampir semua aktivitinya.

“Dia juga sangat gembira menjadi seorang ibu dan dapat kembali bersama dengan teman-teman lama dan keluarganya sejak kembali ke Amerika Syarikat. Malah Janet nampak positif dan optimis tentang masa hadapannya,” ujar sumber itu.

Bintang popular itu dilihat sedang menikmati hidup sepenuhnya. Jauh berbeza dengan kehidupan sebelumnya. Eissa telah membuka pelbagai jalan baru buatnya. Malah penyanyi ini berada dalam keadaan yang lebih baik tanpa insan yang bergelar suami.

Janet kini dalam proses perceraian dengan suaminya, Wissam Al Mana yang dikahwini lima tahun lalu. Mana, 42, ialah seorang ahli perniagaan berbangsa Arab asal dari Qatar. Pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah selepas tiga bulan Eissa Al Mana dilahirkan.

Menurut E!News, perceraian tersebut adalah disebabkan oleh Janet yang tidak bersetuju dengan cara Mana ingin membesarkan Eissa.

Sejak meninggalkan Mana, teman-teman rapat dan keluarga Jackson dapat melihat perubahan pada diri wanita berusia 51 tahun itu. Dia mula menurunkan berat badan dan menjalani cara hidup yang lebih sihat.

Kini, Janet dikatakan hanya berhubung dengan Mana jika ada perkara yang melibatkan anak mereka.

The post Jalani Hidup Lebih Bahagia Tanpa Suami appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jalani Hidup Lebih Bahagia Tanpa Suami

Sekianlah artikel Jalani Hidup Lebih Bahagia Tanpa Suami kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jalani Hidup Lebih Bahagia Tanpa Suami dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/jalani-hidup-lebih-bahagia-tanpa-suami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :