link : Joe Sudah Jangka Babak Gadis Berbikini Cetus Kontroversi
Joe Sudah Jangka Babak Gadis Berbikini Cetus Kontroversi
Tampil dengan video muzik terbaharu berjudul sejak 23 November lalu, penyanyi Joe Flizzow mencetuskan kontroversi sekaligus dikritik gara-gara babak gadis berbikini dalam video muzik tersebut.
Menerusi laporan Harian Metro, bekas anggota kumpulan Too Phat ini bagaimanapun memohon maaf kepada pihak yang kurang senang dengan adegan tersebut.
Menurutnya, dia tidak melihat ia sebagai isu besar memandangkan model berkenaan bukan warganegara Malaysia namun bersedia menerima kecaman.
“Pertama sekali saya ingin meminta maaf dan sedia menerima segala kritikan mengenai video itu. Saya pun sebenarnya sudah menjangkakan perkara ini.
“Bagaimanapun, saya cuma mahu jelaskan bahawa model dalam video itu adalah wanita Brazil. Jadi ia bukan masalah besar lagipun mereka di Brazil sendiri tidak sabar melihat hasilnya,” katanya.
..
Joe mengatakan konsep video itu ditentukan pihak label yang berniat untuk memasarkannya di peringkat antarabangsa.
Dalam pada menerima terbuka hati dengan kecaman netizen, menurut Joe dia tidak perlu terkesan dengan perkara itu.
“Bukan hendak buatkan peminat di sana tawar hati tetapi saya tidak pernah membaca komen di YouTube. Mereka terbuka untuk memberi apa juga pandangan.
“Bagi saya golongan yang mengecam itu mungkin terlalu banyak masa untuk berbuat demikian. Walhal, banyak lagi perkara penting lain yang patut jadi perhatian,” katanya.
The post Joe Sudah Jangka Babak Gadis Berbikini Cetus Kontroversi appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Joe Sudah Jangka Babak Gadis Berbikini Cetus Kontroversi
Anda sekarang membaca artikel Joe Sudah Jangka Babak Gadis Berbikini Cetus Kontroversi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/joe-sudah-jangka-babak-gadis-berbikini.html