Johan As’ari tak mahu guna rambut palsu

Johan As’ari tak mahu guna rambut palsu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Johan As’ari tak mahu guna rambut palsu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Johan As’ari tak mahu guna rambut palsu
link : Johan As’ari tak mahu guna rambut palsu

Baca juga


Johan As’ari tak mahu guna rambut palsu

JIKA sebelum ini pelakon Johan As’ari sentiasa tampil kemas dengan potongan rambut pendek selain imej botak yang turut menjadi pilihannya, kini pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Juvana ini ingin membuat penampilan baru.

Kata Johan, dia sengaja membiarkan rambutnya sedikit panjang dan tidak dipotong agar kelihatan sedikit berbeza daripada imejnya sebelum ini.

“Selalunya saya akan berasa rimas untuk menyimpan rambut panjang dan lebih selesa untuk tampil dengan rambut pendek, atau pun botak terus.

“Namun kali ini saya cuba untuk simpan rambut panjang dan kita tengoklah bagaimana rupa saya nanti,” ujar Johan.

Bagaimanapun, tindakan itu sebenarnya bukanlah dibuat saja-saja oleh Johan, sebaliknya merupakan persediaan awalnya bagi menjayakan satu watak untuk filem terbaru lakonannya tidak lama lagi.

“Watak tersebut memerlukan saya tampil dengan imej berambut panjang kerana ia merupakan sebuah filem ala-ala klasik yang cukup sinonim dengan imej tersebut.

“Saya sebolehnya tak nak gunakan rambut palsu, jadi saya cuba simpan rambut panjang untuk nampak lebih real.

“Harap-haraplah rambut sempat panjang apabila penggambaran filem ini bermula sekitar awal tahun depan,” jelasnya.

Selain filem tersebut, Johan juga bakal terlibat dengan sebuah drama bersiri yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

“Kalau diikutkan, saya memang dah lama tak buat drama bersiri kerana selalunya   tawaran datang ketika saya terikat dengan komitmen lain.

“Jadi saya harap dengan kemunculan semula saya dalam drama bersiri ini dapat mengubat rindu peminat yang sering bertanyakan tentang soal itu,” katanya.

Berkongsi tentang kisah peribadinya, kata Johan dia masih lagi solo dan tidak mempunyai  hubungan istimewa dengan mana-mana gadis buat masa ini.

“Belajar daripada kesilapan lalu, saya berharap agar lebih matang dalam membina hubungan istimewa dengan sesiapa selepas ini.

“Saya tidak mahu mencari, sebaliknya menyerahkan kepada ketentuan takdir siapakah yang akan menjadi jodoh saya nanti,” akui Johan jujur.

The post Johan As’ari tak mahu guna rambut palsu appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Johan As’ari tak mahu guna rambut palsu

Sekianlah artikel Johan As’ari tak mahu guna rambut palsu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Johan As’ari tak mahu guna rambut palsu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/johan-asari-tak-mahu-guna-rambut-palsu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :