Jurnal Suraya papar kisah pesakit Leukemia

Jurnal Suraya papar kisah pesakit Leukemia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jurnal Suraya papar kisah pesakit Leukemia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jurnal Suraya papar kisah pesakit Leukemia
link : Jurnal Suraya papar kisah pesakit Leukemia

Baca juga


Jurnal Suraya papar kisah pesakit Leukemia

BERDEPAN dengan penyakit leukemia dan cabaran kehidupan serta berumah tangga, antara yang perlu dilalui Suraya. Namun sejauh manakah Suraya tabah dengan dugaan yang menimpanya?

Drama 13 episod yang banyak mengetengahkan unsur kasih sayang antara keluarga dan sahabat ini terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd di bawah arahan Zul Huzaimy.

Drama ini membariskan pelakon handalan seperti Nad Zainal, Johan As’ari, Sasqia Dahuri, Ryzal Jaafar, Aisyaa Hasnaa, Noniswara dan Khairi Anwar.

Menurut Zul Huzaimy, Jurnal Suraya mengisahkan perjuangan hidup pesakit kanser dan fakta penyakit ini berdasarkan pengalaman pesakitnya yang juga Pengurus Produksi drama ini, Jamal Salleh.

“Ketika penggambaran drama ini, beliau sedang berada di tahap 4 dan sembuh dalam masa setahun.

“Cabaran yang saya hadapi sepanjang penggambaran ialah untuk menghidupkan watak supaya lebih realistik sebagai penghidap kanser.

“Alhamdulillah dalam masa sebulan penggambaran, Nad dan Johan berjaya membawa watak mereka sehingga kru kami percaya dua pelakon ini memang menghidap kanser.

“Saya bersyukur kerana pelakon dan kru produksi memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan drama Jurnal Suraya,” katanya.

Jurnal Suraya mengisahkan ketabahan Suraya (Nad)meneruskan hidup sebagai penghidap leukemia. Kekuatan yang dimiliki Suraya ketika hendak menamatkan pengajiannya ternyata dikagumi rakan-rakan senasib dengannya.

Selain rakan-rakannya, Alif (Johan) yang menghidap kanser tulang tahap tiga turut mengagumi wanita itu dalam diam.

Perhubungan antara Suraya dan Alif pada awalnya terbatas sebagai rakan karib sahaja kerana bapa Suraya, Datuk Hisham (Khairi) mahu mengahwinkannya dengan Imran (Ryzal). Namun Imran mempunyai niat tersembunyi di sebalik kesungguhannya untuk menikahi Suraya, iaitu membolot harta keluarga Suraya.

Ibu mertua Suraya, Sharifah menyokong niat jahat Imran dan melayan Suraya secara endah tidak endah. Sharifah sememangnya tidak berkenan dengan menantunya dan menganggap penyakit yang dialami Suraya tidak seteruk mana dan hanya  dibuat-buat seperti kelihatan kritikal.

Hari demi hari, tekanan yang diterima Suraya membuatkan penyakitnya menyerang kembali. Melihat keadaan Suraya yang kritikal dan memikirkan harta yang bakal dimiliki, Imran menghantar Suraya ke hospital.

Adakah cinta Suraya dan Alif terkubur begitu sahaja? Mampukah Suraya bertabah dengan segala cabaran kehidupannya?

Saksikan drama bersiri Jurnal Suraya setiap Rabu dan Khamis pada jam 9 malam di TV3 dalam slot Zehra.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube TV3 iaitu @ TV3Malaysia.

The post Jurnal Suraya papar kisah pesakit Leukemia appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jurnal Suraya papar kisah pesakit Leukemia

Sekianlah artikel Jurnal Suraya papar kisah pesakit Leukemia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jurnal Suraya papar kisah pesakit Leukemia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/jurnal-suraya-papar-kisah-pesakit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :