KALI KEDUA BEKAS SU PPBM CABAR BERDEBAT, MUKHRIZ JANGAN MENYOROK LAGI

KALI KEDUA BEKAS SU PPBM CABAR BERDEBAT, MUKHRIZ JANGAN MENYOROK LAGI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KALI KEDUA BEKAS SU PPBM CABAR BERDEBAT, MUKHRIZ JANGAN MENYOROK LAGI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KALI KEDUA BEKAS SU PPBM CABAR BERDEBAT, MUKHRIZ JANGAN MENYOROK LAGI
link : KALI KEDUA BEKAS SU PPBM CABAR BERDEBAT, MUKHRIZ JANGAN MENYOROK LAGI

Baca juga


KALI KEDUA BEKAS SU PPBM CABAR BERDEBAT, MUKHRIZ JANGAN MENYOROK LAGI

“Anda (Mukhriz) tidak perlu lari dan berselindung di belakang ayahanda tercinta yang sentiasa memberi talian hayat. Sahutlah cabaran untuk berdebat dengan saya pada hari Jumaat 17 November 2017”.

Ringkas saja cabaran yang dilontarkan oleh bekas Setiausaha Kerja PPBM, Cikgu Kamarulazman Habibul Rahman tapi ayatnya padu dan cukup pedih berbisa bagi Mukhriz Mahathir.

Memang dah bukan rahsia lagi, baik ketika dalam UMNO dulu mahupun sekarang ini dengan memegang kedudukan Timbalan Presiden PPBM, semua orang tahu Mukhriz terlalu bergantung pada pengaruh ayahnya untuk naik dalam politik.

Dan jangan lupa, salah satu sebab utama Dr Mahathir meroyan menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bermusuh dengan UMNO/BN pun kerana dendam atas kegagalan Mukhriz tewas pemilihan Naib Presiden UMNO pada 2013 dulu.

Kembali kepada cabaran debat dari Kamarulazman, jika rekod bulan April lalu diambil kira bermakna ini cabaran debat yang kedua dari bekas pengasas bersama PPBM itu tuju kepada Mukhriz.

Jelas ada perkara besar yang menjadi punca permusuhan mereka berdua bersangkut paut dengan urus tadbir dan hala tuju PPBM sebelum ini.

April lalu, Kamarulazman pernah mendedahkan punca kemelut dalaman PPBM kerana tindak-tanduk Mukhriz yang gemar membawa masuk dan mengatur kedudukan orang-orangnya di peringkat Armada, Bahagian dan Negeri.

“Mukhriz kena jelas apakah yang beliau mahukan di dalam PPBM. Jika beliau benar berhasrat untuk perjuangan di dalam parti, beliau perlu menjadi rasional, jangan terlibat membawa masuk orang-orangnya,” itu antara petikan pendedahan Kamarulazman ketika itu.

Kali ini cabaran Kamarulazman juga berkisar perkara yang lebih kurang sama, “berdebat secara terbuka agar rakyat Malaysia tahu apakah anda (Mukhriz) dan PPBM memperjuangkan Malaysia yang lebih gemilang (atau ada motif lain disebaliknya)”.

Debat pertama dulu langsung Mukhriz tak menjawab, justeru cabaran kedua ini seharusnya Mukhriz ambil kesempatan kerana ini peluang untuk merungkai permasalahan PPBM dan membuktikan tuduhan-tuduhan Kamarulazman sebelum ini palsu belaka.

Tempoh 72 jam untuk Mukhrz menjawab cabaran debat seperti ditetapkan bekas Setiausaha Kerja PPBM itu jangan dibiarkan berlalu.

Dr Mahathir yang diketahui umum paling gemar dan sentiasa bersemangat nak berdebat, tak kira dia betul atau salah, akan malu besar kalau  Mukhriz sekali lagi lari menyorok bawah ketiaknya. Tergamakkah Mukhriz nak memalukan bapanya?

Kita tunggu selepas habis tempoh 72 jam nanti untuk tahu jawapannya. – MyKMU.Net


Demikianlah Artikel KALI KEDUA BEKAS SU PPBM CABAR BERDEBAT, MUKHRIZ JANGAN MENYOROK LAGI

Sekianlah artikel KALI KEDUA BEKAS SU PPBM CABAR BERDEBAT, MUKHRIZ JANGAN MENYOROK LAGI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KALI KEDUA BEKAS SU PPBM CABAR BERDEBAT, MUKHRIZ JANGAN MENYOROK LAGI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/kali-kedua-bekas-su-ppbm-cabar-berdebat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :