Kuda Pun Ditahan Masuk Lokap Di Brazil

Kuda Pun Ditahan Masuk Lokap Di Brazil - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kuda Pun Ditahan Masuk Lokap Di Brazil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kuda Pun Ditahan Masuk Lokap Di Brazil
link : Kuda Pun Ditahan Masuk Lokap Di Brazil

Baca juga


Kuda Pun Ditahan Masuk Lokap Di Brazil


POLIS bukan saja menahan seekor kuda yang menendang kereta milik seorang wanita di sebuah bandar di Brazil, malah memasukkan haiwan itu ke dalam lokap.

Ia berlaku selepas wanita berkenaan tetap berkeras mahu kuda tersebut ditahan sehingga dia mendapat bayaran ganti rugi.

Dalam kejadian di bandar Nossa Senhora Aparecida, timur laut Brazil, Ahad lalu, kuda itu ditahan dalam lokap selama 24 jam.

Pemilik kuda itu, William dos Santos berkata, penahanan haiwan itu sesuatu yang mengarut dan melampau.

“Apabila ke balai polis, saya terkejut melihat kuda itu ditahan dalam lokap seperti penjenayah biasa,” katanya.

Pemilik kuda itu berkata, ketika rakannya menunggang membawa kuda itu bersiar-siar, haiwan berkenaan menendang kereta terbabit.

“Wanita itu menghubungi polis yang kemudian menahan dan membawa kuda saya ke balai polis.

“Terperanjat saya melihat kuda itu ditahan dalam lokap tanpa diberi makanan dan minum selain tidak boleh bergerak dalam ruang sempit.

“Pada sebelah malam (Ahad) saya membawa makanan namun polis tidak membenarkan saya memberi kuda itu makan,” katanya.

Polis menafikan kuda itu dilayan dengan cara tidak wajar namun William membuat aduan kepada persatuan kebajikan haiwan termpatan.

William kemudian bersetuju membayar ganti rugi kepada wanita terbabit untuk membolehkan kudanya dibebaskan.

Ketua Polis Sergipe, Jonathan Evangelista, yang ditanya Globo TV adakah ia prosedur biasa menahan kuda yang melakukan kesalahan trafik, berkata: “Sudah tentu tidak normal untuk menahan kuda.

“Kami sudah memulakan siasatan untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.” –DM/myMetro Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kuda Pun Ditahan Masuk Lokap Di Brazil

Sekianlah artikel Kuda Pun Ditahan Masuk Lokap Di Brazil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kuda Pun Ditahan Masuk Lokap Di Brazil dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/kuda-pun-ditahan-masuk-lokap-di-brazil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :