Larang pramugari bertudung bererti langgar Perlembagaan, kata Nazri

Larang pramugari bertudung bererti langgar Perlembagaan, kata Nazri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Larang pramugari bertudung bererti langgar Perlembagaan, kata Nazri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Larang pramugari bertudung bererti langgar Perlembagaan, kata Nazri
link : Larang pramugari bertudung bererti langgar Perlembagaan, kata Nazri

Baca juga


Larang pramugari bertudung bererti langgar Perlembagaan, kata Nazri

KUALA LUMPUR: Hak wanita Islam bertudung sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu ianya digunapakai kepada pramugari syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata, isu seperti pemakaian tudung wanita tidak boleh dikompromi dengan perkara lain kerana hak asasi individu.

“Mana-mana perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dirundingkan lagi dan tidak boleh dikompromikan. Ia semudah itu.

“Ini adalah undang-undang tubuh, tidak ada ruang untuk berunding,” katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 untuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Dewan Rakyat, semalam.

Nazri berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) yang bertanyakan pandangannya terhadap desakan membenarkan pramugari Malaysia Airlines bertudung dan menutup aurat.

Beliau juga percaya penindasan dalam isu pakain turut dialami orang bukan Islam, seperti penganut agama Sikh.

“Ini bukan soal kepada orang Islam sahaja. Anda pernah tengok orang lelaki Sikh yang bekerja di kaunter hadapan memakai serban. Ada atau tidak? Tidak ada.

“Saya percaya mereka juga menderita dalam diam. Saya percaya ini juga syarat yang mungkin dikenakan kepada orang lelaki Sikh iaitu jika mahu bekerja di kaunter tidak boleh memakai serban,” katanya.

Pada masa sama, Nazri menjelaskan beliau tidak marah dengan hotel antarabangsa yang melarang wanita Islam bertudung sebaliknya berang Persatuan Hotel Malaysia (MAH) menerima dasar itu.

“Saya tidak salahkan orang luar negara tetapi MAH. Tudung ini tidak ada soalan lagi tidak ada ruang berunding. Melarang pekerja hotel bertudung ini sama seperti melarang gunakan bahasa kebangsaan di hotel.

“Saya terkejut tindakan MAH. Dia adalah warganegara Malasyia, sepatutnya dia nasihatkan dan saya paling tidak suka yang dia katakan boleh kerja pakai tudung tetapi di belakang,” katanya.

Katanya, mana-mana pihak yang membantah pemakaian tudung dan amalan agama penganut lain sudah melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Agama Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama lain bebas untuk diamalkan.

“Perkara 8(2) menyatakan dikriminasi terhadap rakyat Malaysia atas alasan agama, keturunan, tempat lahir atau jantina tidak dibenarkan dalam mana-mana undang-undang dan perlantikan jawatan atau pekerjaan,” katanya.

“Perkara 11(1) bahawa setiap rakyat Malaysia bebaskan mengamalkan agama masing-masing,” katanya.


Demikianlah Artikel Larang pramugari bertudung bererti langgar Perlembagaan, kata Nazri

Sekianlah artikel Larang pramugari bertudung bererti langgar Perlembagaan, kata Nazri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Larang pramugari bertudung bererti langgar Perlembagaan, kata Nazri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/larang-pramugari-bertudung-bererti.html

Subscribe to receive free email updates: