link : Laudya Dipuji Suap Aleesya Makan
Laudya Dipuji Suap Aleesya Makan
HUBUNGAN pelakon Laudya Cynthia Bella dengan anak tirinya, Engku Aleesya dilihat semakin akrab.
Menerusi rakaman yang dikongsi di laman Instagram, Bella menunjukkan dia sedang menyuap Aleesya menikmati makanan menggunakan tangan.
Ketika kejadian, Bella berada di Langkawi bagi menyokong suaminya, Engku Emran yang menyertai acara sukan pada Jumaat lalu.
Sikap penyayang ditunjukkan Bella mendapat pujian netizen terutamanya peminat negara seberang.
Menurut portal KapanLagi, kisah kebahagiaan keluarga ini sering menjadi perhatian peminat di Indonesia.
Rata-rata peminat di negara tersebut memuji kemesraan Bella terhadap anak tirinya itu dan berasakan pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 layak digelar ibu contoh.
Engku Aleesya merupakan anak tunggal Engku Emran hasil perkahwinan dengan aktres Erra Fazira.
Bella dan Engku Emran bernikah pada 8 September lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
The post Laudya Dipuji Suap Aleesya Makan appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Laudya Dipuji Suap Aleesya Makan
Anda sekarang membaca artikel Laudya Dipuji Suap Aleesya Makan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/laudya-dipuji-suap-aleesya-makan.html