Lima pemenang tiket Tombiruo dirai

Lima pemenang tiket Tombiruo dirai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lima pemenang tiket Tombiruo dirai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lima pemenang tiket Tombiruo dirai
link : Lima pemenang tiket Tombiruo dirai

Baca juga


Lima pemenang tiket Tombiruo dirai

LIMA pemenang bertuah memenangi 15 tiket wayang filem Tombiruo menerusi #MomenTombiruo yang dianjurkan oleh Layar Sunan Sdn Bhd dan Ramlee Awang Murshid Fan Club (RamFC).

Mereka ialah Nur Syuhaida Kamaruddin, Shalmisyam Shahudin, Wan Siti Aisya Wan Shukeri, Zakiah Hanim Hanafia dan Nor Shahirah Saaban.

Kesemua pemenang itu ditentukan melalui jumlah ‘likes’ yang tertinggi di laman Instagram disertai #momentombiruo dan @tombiruomovie dan @ramfc2020 mulai 15 hingga 28 Oktober lalu.

Pemenang turut diraikan dengan kehadiran penulis novel berkenaan, Ramlee Awang Murshid dan pengacara terkenal, Datuk Mahadzir Lokman.

Ramlee berkata, tujuan peraduan itu diadakan adalah untuk menarik lebih ramai ahli kelab RamFC menonton filem ini selain meraikan pembaca novelnya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan memberangsangkan yang diterima. Lagipun, ini adalah filem adaptasi pertama novel saya.

“Saya hadir kerana mahu berterima kasih pada mereka yang menyokong saya,” katanya pada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Ramlee sedang dalam perancangan untuk menerbitkan filem Tombiruo 2 dan Sunan: Bagaikan Puteri selain Ungu Karmila.

“Saya sedang menyemak skrip bagi naskhah Sunan: Bagaikan Puteri dan Ungu Karmila. Tombiruo 2 pula lagi masih lagi dalam peringkat perbincangan,” katanya.

Dalam pada itu, bagi mengisi kerinduan peminat, Ramlee bakal menerbitkan novel terbarunya, Legasi Tombiruo pada Disember ini.

“Ini adalah novel terakhir bagi siri Tombiruo. Insya-ALLAH, RamFC juga akan turun ke Johor Bharu bagi mempromosikan novel ini pada 1 Disember ini,” katanya.

The post Lima pemenang tiket Tombiruo dirai appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lima pemenang tiket Tombiruo dirai

Sekianlah artikel Lima pemenang tiket Tombiruo dirai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lima pemenang tiket Tombiruo dirai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/lima-pemenang-tiket-tombiruo-dirai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :