Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin lima pelajar UM...Padan Mukanya

Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin lima pelajar UM...Padan Mukanya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin lima pelajar UM...Padan Mukanya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin lima pelajar UM...Padan Mukanya
link : Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin lima pelajar UM...Padan Mukanya

Baca juga


Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin lima pelajar UM...Padan Mukanya

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tindakan disiplin oleh Universiti Malaya (UM) terhadap 5 bekas pelajarnya kerana penglibatan mereka dalam ceramah yang menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober 2014.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk David Wong Dak Wah, Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Zabariah Mohd Yusof sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan jawatankuasa disiplin pelajar UM, jawatankuasa rayuan, lembaga pengarah, bendahari dan universiti itu dengan kos RM2,000.

Hakim Wong yang mempengerusikan panel mahkamah itu menegaskan tiada kekhilafan boleh dirayu yang dilakukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan peguam Mubashir Mansor yang mewakili UM, bagaimanapun berkata mahkamah tidak semestinya perlu mendengar penghujahan daripada peguam New Sin Yew mewakili pelajar berkenaan.

Pada 29 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan semakan kehakiman yang difailkan bekas pelajar universiti itu terhadap jawatankuasa disiplin yang mendapati mereka bersalah terhadap dakwaan disiplin dan mengenakan hukuman sama ada digantung pengajian, denda atau diberi amaran keras.

Pelajar terbabit – bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan ahli jawatankuasanya ketika itu Safwan Shamsuddin, Adam Fistival Wilfrid, Haw Yu Hong dan Khairol Najib Hashim – masing-masing tamat pengajian tahun lepas dan tahun ini.
Universiti itu menggantung Fahmi dua semester dan mengenakan denda RM600; Safwan digantung satu semester dan denda RM300, Adam dan Haw masing-masing didenda RM150 manakala Khairol pula diberi amaran.

Kelima-lima mereka membawa perkara itu ke Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman keputusan lembaga berkenaan.

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman mereka untuk membatalkan keputusan lembaga itu dengan memutuskan prosiding disiplin itu tidak kendalikan sejajar dengan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya Tatatertib Pelajar-Pelajar 1997.

Selepas mahkamah menyampaikan keputusannya, Mubashir memberitahu pemberita beliau akan mendapatkan arahan daripada anak guamnya sama ada untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam Damian Kiethan membantu beliau.


Demikianlah Artikel Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin lima pelajar UM...Padan Mukanya

Sekianlah artikel Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin lima pelajar UM...Padan Mukanya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin lima pelajar UM...Padan Mukanya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/mahkamah-kekal-keputusan-tolak-tindakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :