‘Mana ada ‘couple’ lah!’

‘Mana ada ‘couple’ lah!’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Mana ada ‘couple’ lah!’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Mana ada ‘couple’ lah!’
link : ‘Mana ada ‘couple’ lah!’

Baca juga


‘Mana ada ‘couple’ lah!’

PELAKON popular Pekin Ibrahim terkejut apabila dikatakan kembali bercinta dengan bekas tunangnya, pelakon Uqasha Senrose seperti dilaporkan sebuah portal hiburan semalam.

Pekin ketika dihubungi berkata, dia menafikan perkara itu dan tidak tahu dari mana mereka mendapat sumber itu.

Menurutnya, dia dan Uqasha sekadar berlakon bersama dalam filem Hantu Kak Limah 2 arahan Mamat Khalid.

Dalam filem itu juga tidak ada babak yang memerlukan mereka berlakon bersama.

“Itu semua tak betul. Siapa yang buat cerita pun saya tak tahu. Saya baca artikel itu dan bagi saya ia tak masuk akal. Mujur penggambaran masih baru, jika tidak mesti banyak spekulasi timbul. Bahaya juga artikel begitu.

“Memang kami berlakon dalam filem sama, tetapi tidak ada babak bersama. Lagipun saya hanya terbabit dalam dua babak saja dan tidak berjumpa langsung dengan Uqasha,” katanya.

Dalam masa sama, Pekin menegaskan dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan Uqasha kerana antara mereka sudah tidak mempunyai sebarang kaitan.

“Saya tak ada masalah kalau berjumpa dengan Uqasha di lokasi. Cuma apabila timbul cerita begini, jadi tak menarik. Kami pun sudah ada kehidupan masing-masing,” katanya.

Pekin mengakui dia masih bersama dengan kekasihnya iaitu seorang model dan pelukis berusia 24 tahun.

Pekin dan Uqasha mula bercinta pada Februari 2013 sebelum bertunang pada 6 Julai tahun yang sama.

Bagaimanapun, mereka putus tunang pada Februari 2014.

The post ‘Mana ada ‘couple’ lah!’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘Mana ada ‘couple’ lah!’

Sekianlah artikel ‘Mana ada ‘couple’ lah!’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Mana ada ‘couple’ lah!’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/mana-ada-couple-lah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :