Nabil Anggap Tuduhan Chef Wan Melampau

Nabil Anggap Tuduhan Chef Wan Melampau - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nabil Anggap Tuduhan Chef Wan Melampau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nabil Anggap Tuduhan Chef Wan Melampau
link : Nabil Anggap Tuduhan Chef Wan Melampau

Baca juga


Nabil Anggap Tuduhan Chef Wan Melampau

Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad menyifatkan kata-kata chef selebriti terkenal Prof Datuk Chef Wan (Chef Wan) di laman Instagram mengenai dirinya sebagai melampau dan berunsur hasutan agar orang ramai yang membencinya.

Memetik laporan mStar online, Nabil berkata, tindakan Chef Wan yang menuduh dia sebagai punca remaja menjadi kurang ajar boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti yang juga duta pelbagai produk.

“Kata-kata yang dimuat naik di laman Instgaram itu sudah melampau kerana menuduh saya sebagai punca anak-anak kurang ajar. Itu satu isu besar dan serius terutama bila dia hanya menyerang saya seorang, bukannya team Gegar Vaganza.

“Semalam peguam menghubungi saya berkaitan hal itu dan menganggap kenyataan beliau berunsur hasutan dan menyediakan ruang untuk orang membenci saya,” ujarnya

Pada Isnin lalu, Nabil mengulas tentang komen balasnya yang memuat naik video sebagai respons kepada tuduhan Chef Wan itu pada Isnin.

Jelasnya, dia memuat naik video itu adalah atas nasihat peguam yang sedang mengumpul beberapa bukti terhadap isu tersebut. Bagaimanapun vodeo berkenaa telah dipadam selepas mendapat pelbagai reaksi netizen.

Tambahnya, semua perkara yang dilakukannya sebagai pengacara sekadar menjalankan tanggungjawab seperti yang diminta pihak Astro untuk berbuat demikian.

“Gegar Vaganza ini sudah masuk musim keempat dan jika dia tidak suka dengan cara saya dia boleh jumpa pihak Astro dan beritahu tentang itu.

“Jika dia lakukan dengan cara yang betul saya sendiri akan akur. Dia tidak berada dalam produksi dan tidak tahu perjalanan program realiti televisyen,” ujarnya.

Nabil berkata kenyataan negatif itu secara tidak langsung membuatkan dia hilang rasa hormat kepada chef selebriti itu.

Katanya, dia tidak tahu niat Chef Wan yang seakan-akan cuba untuk menutup periuk nasinya dalam bidang ini.

“Saya sudah hilang hormat padanya, saya hanya hormat dia sebagai orang tua dari saya sahaja. Dulu saya anggap dia seorang ikon contoh untuk berjaya ke peringkat antarabangsa.

“Apa juga restoran yang dia kata sedap pasti saya akan datang cuba (makan). Tapi sekarang maaflah, mungkin tidak lagi,” ujarnya.

The post Nabil Anggap Tuduhan Chef Wan Melampau appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nabil Anggap Tuduhan Chef Wan Melampau

Sekianlah artikel Nabil Anggap Tuduhan Chef Wan Melampau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nabil Anggap Tuduhan Chef Wan Melampau dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/nabil-anggap-tuduhan-chef-wan-melampau.html

Subscribe to receive free email updates: