Najib puji tindakan surau, masjid lindungi bukan Islam

Najib puji tindakan surau, masjid lindungi bukan Islam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib puji tindakan surau, masjid lindungi bukan Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib puji tindakan surau, masjid lindungi bukan Islam
link : Najib puji tindakan surau, masjid lindungi bukan Islam

Baca juga


Najib puji tindakan surau, masjid lindungi bukan Islam

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuji tindakan beberapa masjid dan surau yang 'membuka pintu' sebagai tempat berteduh kepada mangsa banjir tanpa mengira kaum dan agama.

Ujar Najib, tindakan berkenaan sememangnya sesuatu yang harus dipuji kerana Islam mengajar umatnya berkasih sayang apatah lagi di kala memerlukan bantuan.

"Islam mengajar kita berkasih sayang, dan saya teringat kisah Rasulullah SAW yang memberi perlindungan kepada semua tanpa mengira agama tatkala mereka memerlukan bantuan.

"Seperti yang tertera dalam Surah At-Taubah, mafhumnya, 'Dan jika seorang di antara orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia'.

"Bagi saya, tindakan surau-surau dan masjid-masjid yang membuka pintu sebagai tempat berteduh bagi mangsa-mangsa banjir tanpa mengira agama dan kaum adalah tepat, wajar dan sesuatu yang harus dipuji. Inilah semangat 1Malaysia Negaraku yang patut dicontohi," katanya dalam catatan di laman Facebook beliau.

Terdahulu, tular gambar beberapa lelaki dan wanita berbangsa Cina menumpang di Surau Taman Free School di Georgetown, salah satu daerah di Pulau Pinang yang terjejas teruk akibat banjir.

Susulan tersebarnya gambar tersebut, pelbagai reaksi dan komen daripada netizen. Sebilangannya memuji tindakan surau berkenaan, namun ada sebahagiannya mengecam tindakan tersebut.

Penceramah kontroversi, Zamihan Mat Zain turut tidak terkecuali memberikan pandangannya, dengan berkata, tindakan membenarkan masyarakat Cina menumpang di suaru itu tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, situasi itu masih tidak boleh dikelaskan sebagai darurat.

“Ia tidak boleh dikategorikan sebagai darurat kerana masih ada ikhtiar lain untuk keperluan mereka,"katanya di Facebook.

Tambah Zamihan, pihak pengurusan surau itu perlu mengingatkan mereka dengan adab bagi menjaga kesucian masjid.

Zamihan turut membentangkan beberapa hukum sama ada orang bukan Islam boleh masuk dan duduk dalam masjid.


Demikianlah Artikel Najib puji tindakan surau, masjid lindungi bukan Islam

Sekianlah artikel Najib puji tindakan surau, masjid lindungi bukan Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib puji tindakan surau, masjid lindungi bukan Islam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/najib-puji-tindakan-surau-masjid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :