link : Nisbah guru anak jati Sarawak, Semenanjung sukar dicapai
Nisbah guru anak jati Sarawak, Semenanjung sukar dicapai
KOTA SAMARAHAN: Nisbah 90:10 guru anak tempatan berkhidmat di Sarawak seperti disasarkan menjelang tahun depan dijangka sukar dicapai berikutan kekurangan guru kelahiran negeri ini yang berkualiti.
Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong, berkata perkembangan itu memperlihatkan khidmat guru Semenanjung masih diperlukan negeri ini, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar.
"Dasar 90:10 mungkin sukar kita capai seperti diinginkan kerajaan negeri kerana guru anak tempatan kita yang benar-benar berkualiti tidak mencukupi bagi menampung nisbah disasarkan itu.
"Memang kita mahu dasar itu dilaksanakan, namun kerajaan negeri juga harus memikirkan aspek kualiti guru untuk memberi khidmat kepada anak bangsa, terutama di pedalaman dan luar bandar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Budaya Berfikir 2017 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, di sini hari ini.
Manyin berkata, beliau mahu melihat anak Sarawak diberikan keutamaan dalam mengisi kekosongan jawatan guru di negeri ini, sekali gus mengurangkan pengambilan guru Semenanjung.
"Namun, keadaan semasa menyebabkan kita tiada pilihan, malah sebahagian besar guru dari Semenanjung benar-benar bagus dan berkelayakan.
"Mungkin mereka perlu terus memberi khidmat di Sarawak sehinggalah guru tempatan yang berkelayakan mampu mengisi kekosongan itu," katanya.
Beliau menegaskan, keutamaan harus diberikan kepada kualiti pendidikan anak negeri, terutama di pedalaman dan luar bandar.
Ia, katanya, supaya mereka dapat didedahkan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik seperti di kawasan bandar, khususnya di Semenanjung.
"Kementerian Pendidikan harus memastikan pengambilan guru untuk mengajar di negeri ini adalah yang dilatih dan mempunyai kualiti untuk memastikan anak kita mendapat hasil yang baik," katanya.
Dasar 90:10 guru tempatan mengajar di Sarawak diperkenalkan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem susulan penurunan kuasa pentadbiran Persekutuan kepada kerajaan negeri.
Selain bidang pendidikan, ia juga merangkumi projek, pertanian, kebajikan dan perumahan.
Mengenai laporan ada 70 guru interim di bawah inisiatif 90:10 Sarawak yang ditamatkan perkhidmatan bermula 31 Oktober lalu, Manyin berkata, ia berdasarkan kontrak dengan Kementerian Pendidikan.
"Mereka boleh menduduki semula ujian psikometrik pada November ini untuk memohon jawatan sebagai guru tetap," katanya.
Sumbe: Berita Harian
Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong, berkata perkembangan itu memperlihatkan khidmat guru Semenanjung masih diperlukan negeri ini, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar.
loading...
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Budaya Berfikir 2017 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, di sini hari ini.
Manyin berkata, beliau mahu melihat anak Sarawak diberikan keutamaan dalam mengisi kekosongan jawatan guru di negeri ini, sekali gus mengurangkan pengambilan guru Semenanjung.
"Namun, keadaan semasa menyebabkan kita tiada pilihan, malah sebahagian besar guru dari Semenanjung benar-benar bagus dan berkelayakan.
"Mungkin mereka perlu terus memberi khidmat di Sarawak sehinggalah guru tempatan yang berkelayakan mampu mengisi kekosongan itu," katanya.
Beliau menegaskan, keutamaan harus diberikan kepada kualiti pendidikan anak negeri, terutama di pedalaman dan luar bandar.
Ia, katanya, supaya mereka dapat didedahkan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik seperti di kawasan bandar, khususnya di Semenanjung.
"Kementerian Pendidikan harus memastikan pengambilan guru untuk mengajar di negeri ini adalah yang dilatih dan mempunyai kualiti untuk memastikan anak kita mendapat hasil yang baik," katanya.
Dasar 90:10 guru tempatan mengajar di Sarawak diperkenalkan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem susulan penurunan kuasa pentadbiran Persekutuan kepada kerajaan negeri.
Selain bidang pendidikan, ia juga merangkumi projek, pertanian, kebajikan dan perumahan.
Mengenai laporan ada 70 guru interim di bawah inisiatif 90:10 Sarawak yang ditamatkan perkhidmatan bermula 31 Oktober lalu, Manyin berkata, ia berdasarkan kontrak dengan Kementerian Pendidikan.
"Mereka boleh menduduki semula ujian psikometrik pada November ini untuk memohon jawatan sebagai guru tetap," katanya.
Sumbe: Berita Harian
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Nisbah guru anak jati Sarawak, Semenanjung sukar dicapai
Sekianlah artikel Nisbah guru anak jati Sarawak, Semenanjung sukar dicapai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nisbah guru anak jati Sarawak, Semenanjung sukar dicapai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/nisbah-guru-anak-jati-sarawak.html