Paderi Itali Kutuk Gadis Mangsa Rogol Dikecam

Paderi Itali Kutuk Gadis Mangsa Rogol Dikecam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Paderi Itali Kutuk Gadis Mangsa Rogol Dikecam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Paderi Itali Kutuk Gadis Mangsa Rogol Dikecam
link : Paderi Itali Kutuk Gadis Mangsa Rogol Dikecam

Baca juga


Paderi Itali Kutuk Gadis Mangsa Rogol Dikecam


ROME – Seorang paderi di sini, menimbulkan kemarahan orang ramai, selepas memuat naik kenyataan menerusi Facebook yang menyalahkan seorang remaja perempuan mangsa rogol kerana minum arak dan berkawan dengan imigran.

Menurut media tempatan, dalam mesej di laman media sosial, Lorenzo Guidotti yang bertugas sebagai paderi di Bologna berkata: “Saya bersimpati, tetapi jika kamu ‘berenang di dalam tangki ikan pirana’, kamu tidak boleh mengadu jika kamu kehilangan anggota badan.”

Dalam kenyataannya, Guidotti turut dilapor mengejek gadis bawah umur itu yang memberitahu pihak polis bahawa dia dirogol seorang lelaki dari Afrika Utara yang ditemuinya ketika minum di kawasan bandar.

Mengikut remaja perempuan itu, dia diserang lelaki terbabit dan mendapati dirinya dalam keadaan separuh bogel sebaik sahaja sedar tidak lama kemudian, manakala begnya pula hilang.

Sementara itu, biskop Bologna enggan dikaitkan dengan kenyataan itu sambil berkata, pandangan paderi terbabit ‘tidak menggambarkan pendirian mereka, yang mengutuk sebarang tindakan keganasan’.

Akhbar La Repubblica pula melaporkan, Guidotti mendakwa kenyataannya itu bukan satu serangan peribadi kepada mangsa, sebaliknya bertujuan menyedarkan lain-lain remaja dan ibu bapa mereka.

Menurut akhbar itu, paderi itu kemudiannya mengemukakan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarganya dengan alasan tidak sengaja mengeluarkan kenyataan itu. – AFP/BH ONLINE
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Paderi Itali Kutuk Gadis Mangsa Rogol Dikecam

Sekianlah artikel Paderi Itali Kutuk Gadis Mangsa Rogol Dikecam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Paderi Itali Kutuk Gadis Mangsa Rogol Dikecam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/paderi-itali-kutuk-gadis-mangsa-rogol.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :