link : PAS Takut Pada Husam Musa, Kata Pemimpin PAN
PAS Takut Pada Husam Musa, Kata Pemimpin PAN
SHAH ALAM – Amanah Kelantan mendakwa penasihat partinya, Datuk Husam Musa kini menjadi ‘ketakutan’ buat PAS negeri itu.
Timbalan Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamad berkata tidak hairanlah jika PAS Kelantan terus menerus mengkritik bekas exco itu dan terbaru semalam oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdulah.
Amar semalam dilaporkan sebagai berkata bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak memilih Husam sebagai penggantinya kerana mahukan seseorang yang ‘boleh mendatangkan hasil’, bukannya pandai ‘berkokok’ sahaja.
Amar turut berkata Husam tidak dipilih kerana Nik Aziz ‘tahu’ menilai keperibadian antara Husam dan Datuk Ahmad Yakob (Menteri Besar Kelantan kini).
“Tohmahan Tok Guru tidak pilih Datuk Husam itu adalah satu alasan yang diadakan selepas benda itu berlaku.
“Mereka ingat selepas Husam diketepikan daripada kepimpinan kerajaan negeri di Kelantan maka dia akan tenggelam. Tiba-tiba nama dia semakin naik, selepas dia dipecat pun nama Datuk Husam semakin mendapat sambutan oleh rakyat Kelantan.
“Sekarang ini seolah-olah Husam telah menjadi satu ‘zombi’. Satu ketakutan kepada PAS Kelantan,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahmad Yakob dilantik untuk meneruskan legasi Tok Guru Nik Aziz mentadbir kerajaan negeri Kelantan dan menolak jangkaan banyak pihak bahawa Husam akan menjadi pengganti Nik Aziz.
Husam yang pernah menjadi naib presiden PAS antara 2011 hingga 2015, kini berada dalam parti serpihannya Amanah, selepas dipecat pada 23 April 2016 atas tindakan melanggar tatatertib.
Kenyataan yang dikeluarkan Mohd Amar itu juga dilihat sekali lagi memburukkan lagi perang mulut antara PAS dan Amanah di Kelantan.
Baru-baru, ini kedua-dua parti itu berbalah dalam isu Wisma Tok Guru yang kini menempatkan pejabat Amanah Kelantan, apabila bangunan dua tingkat itu didakwa dibeli oleh kerajaan negeri itu.
Dalam pada itu, Che Ibrahim turut mempersoalkan pelantikan jawatan utama itu yang dakwanya dilakukan secara tergesa-gesa, seolah-olah mempunyai sesuatu yang cuba disembunyikan.
“Sehingga sekarang ini tidak ada siapa pun yang tahu rahsia sebenar pertukaran MB daripada arwah Tok Guru kepada Ustaz Ahmad Yaakob. Sebab tidak ada siapa pun yang menjangkakan selepas PRU13 baru ini Tok Guru akan berhenti jadi MB. Tidak ada siapa menjangkakan akan berlaku pertukaran MB.
“Pertukaran MB ini telah dilihat dibuat secara tergesa-gesa. Iaitu terus. Biasanya dua tiga hari lepas pilihan raya tetapi apa yang berlaku ialah di Kelantan ini. Sebaik sahaja keputusan malam itu, pagi esok terus angkat sumpah menteri besar yang baru. Kita tidak tahulah apa rahsia sebenar sehingga jawatan ini dibuat secara tergesa-gesa,” tambahnya. – AntaraPos

Demikianlah Artikel PAS Takut Pada Husam Musa, Kata Pemimpin PAN
Sekianlah artikel PAS Takut Pada Husam Musa, Kata Pemimpin PAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS Takut Pada Husam Musa, Kata Pemimpin PAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/pas-takut-pada-husam-musa-kata-pemimpin.html