Pembangkang goyah, rakyat makin kuat sokong BN

Pembangkang goyah, rakyat makin kuat sokong BN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang goyah, rakyat makin kuat sokong BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang goyah, rakyat makin kuat sokong BN
link : Pembangkang goyah, rakyat makin kuat sokong BN

Baca juga


Pembangkang goyah, rakyat makin kuat sokong BN

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dijangka akan mengulangi kejayaan lebih cemerlang pada PRU14 akan datang.

Menurut Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee jangkaan itu didasari dengan keadaan pembangkang yang kini mengalami krisis keyakinan dan kecelaruan pakatan parti-parti pembangkang di dalam Pakatan Harapan.

"Pakatan pembangkang sekarang ini dilanda kecelaruan, perpecahan, meragui sesama sendiri dan rakyat turut menjadi keliru dengan masa depan pembangkang di negara ini," katanya dipetik menerusi blog.

Beliau menambah, walaupun Pakatan Harapan dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi sesama 'kepala' mereka jelas tidak sehaluan dan dilihat lebih banyak membuat keputusan untuk kepentingan kelompok tertentu.

"Inilah bezanya dengan Umno dan BN, matlamat perjuangan kita jelas, dan kita sentiasa bermuafakat sesama ahli komponen dengan tidak membelakangkan kepimpinan Najib selaku Pengerusi BN," tegasnya.

Justeru Syed Ali meramalkan Umno di bawah kepimpinan Najib tidak akan menempuh laluan berliku untuk mengekalkan kemenangan pada PRU14 dan para pemerhati melihat kejayaan akan menjadi lebih cemerlang berbanding keputusan PRU13.

"Sekarang ini, pembangkang sudah kehabisan isu untuk diputarbelitkan dan keadaan menjadi semakin bercelaru apabila sesama mereka jelas tidak sekata," katanya.

Kata Syed Ali lagi, gandingan mantap Najib dengan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi juga turut menjadi pemangkin kekuatan sokongan rakyat terutama di peringkat akar umbi terhadap UMNO.

"Kekuatan itu disokong pula dengan wala' tidak berbelah bagi daripada Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang turut menjalankan tugas sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas," katanya.

Tambah beliau lagi, rakyat terutama orang Melayu mula melihat Umno sebagai sebuah kesatuan politik yang unggul di bawah kepimpinan Najib yang pantas bergerak ke hadapan untuk masa depan mereka.


Demikianlah Artikel Pembangkang goyah, rakyat makin kuat sokong BN

Sekianlah artikel Pembangkang goyah, rakyat makin kuat sokong BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembangkang goyah, rakyat makin kuat sokong BN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/pembangkang-goyah-rakyat-makin-kuat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :