link : Pengantin Nyaris Maut, Disembur Gas Pemadam Api
Pengantin Nyaris Maut, Disembur Gas Pemadam Api
INI namanya kes naya…seorang pengantin lelaki nyaris maut pada hari perkahwinannya selepas rakan-rakannya melakukan gurauan ‘kasar’ dengan menyemburkan gas pemadam api ke mukanya.
Kejadian mengejutkan itu berlaku di Zhangzhou, China. Tradisi gurauan kasar seumpama itu sering berlaku di China melibatkan pengantin baru.
Dalam kejadian berkenaan, lelaki itu telah diikat dipokok dan kemudian kira-kira empat tong gas pemadam api disemburkan ke mukanya.
Pengantin tersebut sukar memalingkan muka. Keluarganya pula sukar untuk menyekat kawan-kawan lelaki berkenaan daripada meneruskan gurauan kasar terbabit, yang sebelum itu dipersetujui oleh pengantin lelaki sendiri.
Tidak lama kemudian pengantin lelaki itu tidak sedarkan diri menyebabkan ibunya menangis dan cuba membangunkannya. Paramedik dipanggil dan nasib baik dia terselamat.
Video aksi tersebut telah dirakamkan dan ditonton lebih tujuh juta orang. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Pengantin Nyaris Maut, Disembur Gas Pemadam Api
Sekianlah artikel Pengantin Nyaris Maut, Disembur Gas Pemadam Api kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengantin Nyaris Maut, Disembur Gas Pemadam Api dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/pengantin-nyaris-maut-disembur-gas.html