Perjuangan Elyana dalam GV4 terhenti

Perjuangan Elyana dalam GV4 terhenti - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perjuangan Elyana dalam GV4 terhenti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perjuangan Elyana dalam GV4 terhenti
link : Perjuangan Elyana dalam GV4 terhenti

Baca juga


Perjuangan Elyana dalam GV4 terhenti

PERJUANGAN Elyana di pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4) terhenti di minggu kelima.

Menerusi konsert yang diadakan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Elyana menyampaikan lagu Sepi nyanyian bintang terkenal Indonesia, Yuni Shara.

Program ini menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala M Nasir tampil sebagai juri jemputan.

“Ini adalah salah satu cabaran untuk malam ni. Vokal lagu ini perlu kuat dan perlukan emosi yang kuat. Cuma saya tak suka Elyana nyanyi sambil duduk di kerudi rendah.

“Ia akan membuatkan nota nada rendah kamu flat. Tapi untuk nada tinggi, ia ok. Keseluruhan ok,” ujar Hetty ketika ditugaskan memberi komen persembahan Elyana.

Elyana dalam ucapan terakhirnya turut mengejutkan semua dengan mengumumkan dirinya adalah survivor kanser tahap empat.

Difahamkan penyakit tersebut adalah kanser limfoma iaitu berkaitan sel darah.

Elyana dalam ucapannya turut meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan juri.

Pertandingan minggu ini mengetengahkan tema ‘Kaum Kerabat’, di mana setiap bintang GV4 diberi cabaran menyanyikan lagu penyanyi asal yang mempunyai ahli keluarga lain dalam industri hiburan tanah air.

Dalam pada itu, Elyana sebelum itu terus mengungguli anugerah Gelora Vida Vaganza apabila dipilih sekali memenangi kategori itu oleh peminat.

Manakala Datuk Seri Vida telah memilih Syura sebagai pemenang kategori sama di atas persembahan mantapnya.

Artis yang mara ke minggu hadapan ialah Aishah, Hazami, Firman, Liza Hanim, Lan, Tia (Jinbara), Syura dan Aqasha.

GV4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara GV musim keempat ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara. Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

The post Perjuangan Elyana dalam GV4 terhenti appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Perjuangan Elyana dalam GV4 terhenti

Sekianlah artikel Perjuangan Elyana dalam GV4 terhenti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perjuangan Elyana dalam GV4 terhenti dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/perjuangan-elyana-dalam-gv4-terhenti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :