link : Perlu saling melengkapi
Perlu saling melengkapi
Kehadiran ramai pelakon baru sekarang tidak dinafikan mereka juga mampu menjadi hero dan heroin dalam drama.
Jika bernasib baik, drama mereka akan popular dan begitu juga sebaliknya.
Namun ada yang berpendapat sebaik-baiknya hero dan heroin itu biarlah baru dan lama supaya kelihatan lebih seimbang.
Namun pastinya ada kebaikan dan keburukan terhadap gandingan ini. Cuit Sikit minggu ini mendapatkan pandangan pelakon dan pengarah mengenainya.
Farah Nabila
“Selalu orang lihat pelakon baru tidak pandai berlakon dan apabila sama-sama dengan yang baru berlakon jika drama itu ‘meletop’ barulah orang anggap mereka berbakat. Waktu itu juga masing-masing boleh tunjuk bakat.
Biasanya cerita itu akan baik disebabkan ada pelakon lama dan juga apabila kedua-dua pelakon baru serta lama memberikan yang terbaik dalam lakonan masing-masing.
Tetapi boleh juga menjadi tidak okey apabila masing-masing tiada keserasian walaupun digandingkan dengan orang lama.
Kebaikan yang saya lihat ia akan membantu pelakon yang baru untuk lebih memperbaiki lakonan mereka.”
Hisyam Hamid
“Bagi saya ia satu perkara yang positif kerana apabila pelakon baru dan lama bergandingan ia akan memberi lebih pengalaman untuk pelakon baru belajar daripada sudut lakonan.
Secara tidak langsung keserasian itu akan terjalin dengan baik di samping akan membuatkan orang lebih mengenali pelakon baru.
“Keburukan akan timbul apabila pelakon itu tidak membuat persiapan yang cukup dan ia tidak hanya memberi kesan kepada pelakon gandingannya malah kepada produksi juga.
Tidak kira pelakon baru atau lama kedua-duanya perlu membuat persiapan untuk lebih memahami watak.”
Bella Nazari
“Pengalaman saya berlakon dengan yang lama apabila saya boleh menimba pengalaman dan memperbaiki lakonan.
Begitu juga berlakon dengan pelakon baru, untungnya apabila mereka ramai peminat. Walaupun masih baru ramai yang hendak menonton lakonan mereka.
Namun kelemahan yang dapat dilihat apabila beraksi dengan pelakon baru apabila mereka kurang memberi kesan terhadap lakonan dan jalan cerita pun akan jadi kurang menarik.”
Amie Maziah Abd Rahman
“Sebagai pengarah saya rasa setiap pelakon perlu ada identiti dan jangan biarkan lakonan menjadi klise setiap masa.
Cuba cari kelainan daripada biasa terutama yang lama supaya boleh dijadikan contoh buat pelakon baru.
Masalah tidak akan timbul apabila kedua-dua mereka memberikan kerjasama yang baik.
Kebaikannya lebih kepada pelakon baru kerana satu bonus untuk mereka menapak dalam industri dan dipandang di mata penonton.
Ia juga akan membantu yang baru apabila lakonan kurang menjadi, ada bantuan daripada pelakon lama. Namun apa yang penting kedua-duanya perlu sentiasa memperbaiki lakonan dari semasa ke semasa.”
The post Perlu saling melengkapi appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Perlu saling melengkapi
Anda sekarang membaca artikel Perlu saling melengkapi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/perlu-saling-melengkapi.html