link : Pilih sendiri nak kuat atau lemah....
Pilih sendiri nak kuat atau lemah....
MCA perlu memenangi lebih banyak kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekurang-kurangnya 15 kerusi berbanding tujuh ketika ini untuk menjadikan parti komponen itu lebih mantap dalam pentadbiran kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masyarakat Cina perlu membuat pilihan untuk memilih wakil yang kuat atau yang lemah bagi mewakili masyarakat mereka di dalam pentadbiran kerajaan.
"Malaysia merupakan negara maju kerana permuafakatan kaum dan komponen Barisan Nasional (BN) yang kuat ialah MCA. Rakan setia kepada BN...begitu juga MIC dan parti-parti lain yang setia dalam susah dan senang.
"Kalau orang Cina nak lebih lagi, tolong sokong BN lebih. Sekarang ada tujuh ahli parlimen, kalau ada 15 ahli parlimen, akan lebih kuat dalam kerajaan.
"Tanya kaum Cina. Nak kuat tak dalam pentadbiran kerajaan akan datang atau nak ada wakil yang lemah dalam kerajaan? Itu pilihan anda, " katanya.
Perdana Menteri juga mengingatkan masyarakat Cina mereka tidak boleh harapakan mahu segalanya ikut kehendak mereka...tetapi tidak bagi undi pada BN.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-64 MCA di Kuala Lumpur pada Ahad.
Najib turut menafikan kelulusan menubuhkan 10 buah dan enam buah penempatan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) sebagai 'gula-gula' pilihan raya akan datang.
"Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Seri Wee Ka Siong jumpa saya dengan cara yang tertib dan bawa perkara ini yang merupakan kehendak masyarakat Cina. Apa saya buat? Saya mendengar kepada parti komponen.
"Perkara ini bukan sebab PRU. Saya pernah beri kelulusan sebelum ini, jangan kata kerana PRU saya luluskan sekolah tambahan. Itu polisi. Tapi bila da lulus, DAP putar balik," katanya.
Dalam Bajet 2018 yang dibentangkan pada 27 Oktober lalu, kerajaan telah memperuntukkan dana pinjaman perniagaan kecil dan sederhana (PKS) sebanyak RM 50 juta kepada komuniti kaum Cina yang disalurkan melalui Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI).
Selain itu, tambahan RM30 juta yang disalurkan kepada Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1Malaysia turut diberikan kepada penjaja komuniti Cina.

Demikianlah Artikel Pilih sendiri nak kuat atau lemah....
Sekianlah artikel Pilih sendiri nak kuat atau lemah.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pilih sendiri nak kuat atau lemah.... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/pilih-sendiri-nak-kuat-atau-lemah.html