Polis lepaskan tembakan ke udara selepas diserang 50 lelaki warga China

Polis lepaskan tembakan ke udara selepas diserang 50 lelaki warga China - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis lepaskan tembakan ke udara selepas diserang 50 lelaki warga China, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis lepaskan tembakan ke udara selepas diserang 50 lelaki warga China
link : Polis lepaskan tembakan ke udara selepas diserang 50 lelaki warga China

Baca juga


Polis lepaskan tembakan ke udara selepas diserang 50 lelaki warga China

KUALA LUMPUR: Lebih 50 lelaki dipercayai warga China ditahan selepas menyerang sepasukan anggota polis yang cuba memeriksa sebuah premis disyaki menjalankan kegiatan judi di Jalan Abaraham Off Jalan Khoo Teik Ee, dekat sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pasukan polis yang terdiri daripada tujuh anggota berpakaian preman tersebut terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara bagi mengawal keadaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, tujuh anggota terbabit menerima maklumat mengenai kegiatan judi berkenaan ketika sedang melakukan rondaan.

“Sebaik tiba di lokasi, kira-kira 200 lelaki dipercayai warganegara China berada di situ dan cubaan anggota untuk melakukan pemeriksaan dihalang dan mereka turut diserang.

“Untuk mempertahankan diri, mereka terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara sementara menunggu bantuan tiba ke lokasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan mengikut Seksyen 147/353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Demikianlah Artikel Polis lepaskan tembakan ke udara selepas diserang 50 lelaki warga China

Sekianlah artikel Polis lepaskan tembakan ke udara selepas diserang 50 lelaki warga China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis lepaskan tembakan ke udara selepas diserang 50 lelaki warga China dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/polis-lepaskan-tembakan-ke-udara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :