Raih Kutipan RM8 Juta, Tombiruo Filem Kedua Terlaris 2017

Raih Kutipan RM8 Juta, Tombiruo Filem Kedua Terlaris 2017 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Raih Kutipan RM8 Juta, Tombiruo Filem Kedua Terlaris 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Raih Kutipan RM8 Juta, Tombiruo Filem Kedua Terlaris 2017
link : Raih Kutipan RM8 Juta, Tombiruo Filem Kedua Terlaris 2017

Baca juga


Raih Kutipan RM8 Juta, Tombiruo Filem Kedua Terlaris 2017

Filem Tombiruo : Penunggu Rimba terus melebarkan jumlah kutipan tiketnya apabila berjaya memperoleh RM 8 juta selepas 4 minggu ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Singapura serta Brunei sejak 12 Oktober 2017.

Ini sekaligus meletakkan filem terbitan Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan di kedudukan kedua dalam mengaut kutipan tiket paling tinggi bagi tahun 2017 selepas filem Abang Long Fadil 2 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions yang memperoleh RM 18 juta.

Filem aksi yang diadaptasi dari novel thriller karya Ramlee Awang Murshid ini masih ditayangkan di 68 pawagam untuk minggu ke lima. Pihak penerbit juga berharap filem ini masih mampu menarik penonton untuk menyaksikannya di pawagam.

Filem yang menggandingkan pelakon Zul Ariffin dan Farid Kamil buat kali kedua di layar perak ini turut membariskan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Dato’ M Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Khusyairi, Dynas Mokhtar dan adik Muhammad Al-Rayyan.

“Tombiruo : Penunggu Rimba” memaparkan kisah Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam.

Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.

The post Raih Kutipan RM8 Juta, Tombiruo Filem Kedua Terlaris 2017 appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Raih Kutipan RM8 Juta, Tombiruo Filem Kedua Terlaris 2017

Sekianlah artikel Raih Kutipan RM8 Juta, Tombiruo Filem Kedua Terlaris 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Raih Kutipan RM8 Juta, Tombiruo Filem Kedua Terlaris 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/raih-kutipan-rm8-juta-tombiruo-filem.html

Subscribe to receive free email updates: