Ramai Wanita DM Mengadu Pada Bella

Ramai Wanita DM Mengadu Pada Bella - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramai Wanita DM Mengadu Pada Bella, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramai Wanita DM Mengadu Pada Bella
link : Ramai Wanita DM Mengadu Pada Bella

Baca juga


Ramai Wanita DM Mengadu Pada Bella

Penyanyi Bella Astillah menjelaskan dia bukan sengaja membuka semula cerita kontroversi yang pernah melanda rumah tangganya sebelum ini sebaliknya dia terpanggil untuk berkongsi secara terbuka selepas menerima banyak mesej (DM) dan daripada ramai wanita menerusi Instagram juga kiriman email.

Menurut isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ini, rata-rata pengirim berkenaan berkongsi kepadanya mengenai perihal rumah tangga dan masalah yang pernah mereka pernah bersama pasangan.

“Saya bukan hendak mengungkit semula cerita itu. Sebenarnya selepas kejadian itu, saya dapat banyak email dan DM daripada pengikut di IG. Mereka berkongsi dengan saya mengenai pengalaman yang pernah mereka lalui. Ada yang bercerita tentang masalah rumah tangga, tunang dan kekasih mereka.

“Saya baca semua mesej dan email itu dan saya turut menangis sebab secara tidak langsung saya seperti memahami apa yang mereka rasa dan lalui kerana rumah tangga saya pernah diuji.

“Disebabkan ramai sangat yang DM, saya tak mampu hendak membalas semuanya jadi saya terpanggil untuk berkongsi secara terbuka hari ini. Tujuan saya mahu berkongsi dengan mereka apa yang saya buat ketika saya dalam situasi sedih sewaktu kontroversi lalu, bagaimana saya mengatasi dan sudah okay seperti sekarang”, jelas wanit bertubuh genit ini.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 23, berkata demikian ketika ditemui pada majlis Mutiara Hati Bersama Bella Astila, bertempat di Soireelab, Putrajaya, pada Selasa.

Pada majlis tersebut dia berkongsi bersama 40 peserta mengenai pengalamannya serta bagaimana dia mendapat kekuatan menghadapi kontroversi sebelum ini. Aliff juga turut hadir sebagai tanda sokongan kepada Bella mengadakan program tersebut.

Dalam pada itu Bella berkata dia bersyukur kerana kehidupan rumah tangganya kini semakin harmoni dan bahagia. Malah dia dan Aliff sentiasa saling berkomunikasi.

..

“Alhamdulillah, sekarang saya dan Aliff sangat bahagia bersama Ayden. Anak kami lah yang menjadi sumber kekuatan saya ketika berdepan semua itu.

“Sekarang saya dan Aliff sangat mengutamakan kejujuran dan kami sentiasa berkomunikasi,” katanya sambil tersenyum memandang Aliff yang berada di sebelahnya.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia empat bulan.

The post Ramai Wanita DM Mengadu Pada Bella appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ramai Wanita DM Mengadu Pada Bella

Sekianlah artikel Ramai Wanita DM Mengadu Pada Bella kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramai Wanita DM Mengadu Pada Bella dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/ramai-wanita-dm-mengadu-pada-bella.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :