Remy Ishak belum sedia

Remy Ishak belum sedia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Remy Ishak belum sedia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Remy Ishak belum sedia
link : Remy Ishak belum sedia

Baca juga


Remy Ishak belum sedia

CUKUP sinonim dengan watak romantis, Remy Ishak mengakui belum bersedia membawakan karakter antagonis.

Ini kerana, pelakon berusia 35 tahun ini menyifatkan watak antagonis memerlukan ‘permainan’ yang besar.

“Biasanya, mereka yang selesa dengan karakter hitam ini adalah pelakon yang sangat berpengalaman.

“Saya sendiri berasakan masih belum cukup berpengalaman lagi,” katanya pada Media Hiburan.

Pun begitu, bintang filem Cun ini tidak menafikan karakter antagonis mampu menaikkan nama seseorang pelakon.

“Saya lihat watak antagonis memang memberi impak besar. 

“Lihat saja dalam apa-apa cerita, karakter itu dilihat lebih menyerlah. 

“Bukan nak cakap watak hero itu tak bagus, tapi kadang-kadang, ini berdasarkan pengalaman saya yang melihatnya,” katanya.

Pada masa sama, pemilik nama penuh Mohammad Zalimei Ishak ini berjaya menunjukkan sisi lakonan berbeza menerusi drama Pesan Dari Tuhan arahan Erma Fatima.

Lebih bermakna, pelakon filem Redha ini turut membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2017 (ASK2017), baru-baru ini.

“Secara peribadinya, karakter saya dalam drama ini benar-benar menguji kemampuan saya. Lagi pula, saya seorang pelakon yang lebih selesa dengan watak romantis.

“Tapi, mungkin impak watak itu juga yang berjaya menarik perhatian juri. Alhamdulillah,” katanya.

Bagaimanapun, Remy turut berterima kasih dengan sutradara terbabit kerana mempercayai keupayaannya dalam menampilkan sisi lakonan yang berbeza.

“Erma akhirnya berjaya mencungkil bakat saya. Apabila Erma meminta saya menjayakan karakter antagonis, saya marah.

“Jadi, kemarahan saya dalam drama ini adalah untuk Erma (ketawa).

“Lagipun, saya rasa pengalaman saya masih belum cukup untuk menghidupkan watak tersebut dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Remy sibuk menjalani penggambaran drama Kekasih Paksa Rela di samping Intan Najwa dan Fizz Fairuz untuk slot Akasia di TV3.

“Saya juga akan terbabit penggambaran filem bercorak seram di Batam, Indonesia selepas ini,” katanya.

The post Remy Ishak belum sedia appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Remy Ishak belum sedia

Sekianlah artikel Remy Ishak belum sedia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Remy Ishak belum sedia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/remy-ishak-belum-sedia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :