link : Risau Diserang Kanser, Awi Rafael Lebih Peka Perihal Kesihatan
Risau Diserang Kanser, Awi Rafael Lebih Peka Perihal Kesihatan
Menerusi laporan Kosmo! penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael menjelaskan beliau mengalami masalah kulit kronik dan bukannya kanser kulit seperti yang didakwa.
Penyakit tersebut berpunca daripada alergi dan eczema. Sehingga kini, dia masih menjalani rawatan supaya keadaan kesihatan kulitnya sentiasa terpelihara.
“Alhamdulillah, setelah melakukan pemeriksaan dan rawatan susulan, saya telah disahkan bebas kanser. Keadaan kesihatan saya sekarang baik-baik sahaja
“Penyakit kulit kronik itu membuatkan kulit saya gatal-gatal dan merekah. Malah, kalau terkena habuk, kulit menjadi terlalu sensitif.
“Sekarang saya masih mengambil ubat yang disarankan doktor, namun keadaan alergi kulit semakin baik,” katanya.
Katanya, dek kerana khuatir kemungkinan dirinya menghidap penyakit kanser kulit, sebagai langkah awal dia sekarang semakin menjaga kesihatannya.
“Selepas berhadapan dengan kemungkinan diserang kanser, saya lebih memberi penekanan terhadap pemakanan dan kesihatan.
Awi turut mengambil inisiatif melibatkan diri dalam aktiviti amal terutama untuk memberi kesedaran dan bantuan kepada pesakit kanser.
Mengenai perkembangan seni, Awi bakal muncul dengan album studio terbaharunya berjudul Euphoria yang memuatkan lapan buah lagu dan akan dilancarkan pada awal tahun depan.
The post Risau Diserang Kanser, Awi Rafael Lebih Peka Perihal Kesihatan appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Risau Diserang Kanser, Awi Rafael Lebih Peka Perihal Kesihatan
Anda sekarang membaca artikel Risau Diserang Kanser, Awi Rafael Lebih Peka Perihal Kesihatan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/risau-diserang-kanser-awi-rafael-lebih.html