link : Saifuddin hairan, orang 'sibuk' jawatan YDP MAIPP
Saifuddin hairan, orang 'sibuk' jawatan YDP MAIPP
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang disebut bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru mendakwa tidak tahu-menahu berkenaan dakwaan itu.
"Saya tidak ada maklumat, saya juga tidak akan mengulas perkara yang saya tiada maklumat," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai khabar angin, Saifuddin bagaimanapun hairan mengapa orang ramai lebih 'sibuk' berkenaan dirinya bakal dilantik ke jawatan itu.
"Tak adil untuk saya ulas tentang khabar angin. Saya sedang menjalani hidup seperti biasa, tetapi orang riuh-rendah," ujarnya.
Saifuddin juga enggan mengesahkan kewujudan dakwaan itu.
Dua hari lalu, Saifuddin disebut bakal dilantik sebagai Yang Dipertua MAIPP yang baru, kononnya keputusan itu dilakukan oleh pimpinan PKR Pusat tanpa sebarang rundingan dengan PKR Pulau Pinang.
Akar umbi parti di negeri itu dikhabarkan tidak senang dengan dakwaan berkenaan.
Buat masa ini, Yang Dipertua MAIPP disandang oleh ADUN Permatang Pasir, Datuk Salleh Man. Wakil rakyat PAS itu memegang jawatan berkenaan sejak 2012.
Dikhabarkan lantikan beberapa nama bagi mengisi tempoh yang baru bagi MAIPP masih menunggu perkenaan Yang di-Pertuan Agong.
Untuk rekod Saifuddin juga merupakan Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilantik pada awal Januari lalu.
Saifuddin, ketika dihubungi juga diajukan apakah dirinya bersedia untuk dilantik ke jawatan itu jika ada permintaan.
"Saya akan mengulas pada waktu itu, bukan sekarang," kata Saifuddin ringkas.
Semalam Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim enggan mengesahkan kewujudan cadangan berkenaan, begitu juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin dilihat mengelak untuk menjawab dakwaan itu.
Sementara itu, dua hari lalu Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) membantah cadangan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP itu untuk melantik Saifuddin.
NGO itu berkata pemimpin PKR itu tidak mempunyai latar berlakang agama selain tidak sesuai menjadi wakil Yang di-Pertuan Agong bagi memberikan nasihat kepada umat Islam di Pulau Pinang berlandaskan hukum dan nas al-Quran.
Mereka juga menegaskan individu yang dilantik ke jawatan berkenaan tidak semestinya datang daripada parti politik tertentu.

Demikianlah Artikel Saifuddin hairan, orang 'sibuk' jawatan YDP MAIPP
Sekianlah artikel Saifuddin hairan, orang 'sibuk' jawatan YDP MAIPP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saifuddin hairan, orang 'sibuk' jawatan YDP MAIPP dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/saifuddin-hairan-orang-sibuk-jawatan.html