Saya hanya tahu daripada laporan media: Husam

Saya hanya tahu daripada laporan media: Husam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya hanya tahu daripada laporan media: Husam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya hanya tahu daripada laporan media: Husam
link : Saya hanya tahu daripada laporan media: Husam

Baca juga


Saya hanya tahu daripada laporan media: Husam

Adun Salor, Datuk Husam Musa mengakui hanya mendapat tahu anaknya direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memiliki pil kuda, jam 5.22 petang tadi menerusi laporan sebuah portal tempatan.

Husam menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini berkata, sehingga kini tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat terhadapnya mengenai penahanan itu.

“Saya hanya mendapat tahu anak saya, direman di Mahkamah Kota Bharu menerusi perkongsian laporan sebuah portal tadi.

“Juga tiada pemakluman polis beliau akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi.

Sinar Harian hari ini melaporkan anak lelaki seorang Adun di negeri ini ditahan polis kerana dipercayai memiliki 200 butir pil kuda di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas – Salor, Kampung Jelutong, di sini, semalam.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, pada jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, anggota serbuan membuat pemerhatian kira-kira lima minit terhadap seorang lelaki yang berdiri di hadapan sebuah rumah di kampung itu.

Menurut Husam lagi,beliau juga tidak diberitahu lokasi penahanan anaknya.

“Saya hanya diberitahu oleh seorang jiran tempat beliau ditahan petang semalam anak saya ditahan sekumpulan lelaki.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anak saya pada waktu terdekat diizinkan polis,” katanya lagi.

The post Saya hanya tahu daripada laporan media: Husam appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Saya hanya tahu daripada laporan media: Husam

Sekianlah artikel Saya hanya tahu daripada laporan media: Husam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya hanya tahu daripada laporan media: Husam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/saya-hanya-tahu-daripada-laporan-media.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :