Shila Amzah, Bapa Menang Saman

Shila Amzah, Bapa Menang Saman - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shila Amzah, Bapa Menang Saman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shila Amzah, Bapa Menang Saman
link : Shila Amzah, Bapa Menang Saman

Baca juga


Shila Amzah, Bapa Menang Saman

Dua wartawan Kumpulan Utusan gagal dalam kes samannya terhadap penyanyi Shila Amzah dan bapanya, N.D Lala apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin menolak saman mereka terhadap artis itu berhubung isu fitnah dalam sidang media kira-kira dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Firuz Jaffril menyatakan Shila atau nama sebenarnya Nurshahila dan bapanya, Amir Hamzah Salleh selaku defenden tidak mempunyai niat jahat terhadap plantif ketika membuat kenyataan.

“Saya mendapati sidang media itu dilakukan tanpa niat jahat, tujuan sidang media dijalankan juga jelas dan kenyataan yang dibuat pada acara tersebut tidak berbaur fitnah,” katanya.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM30,000 yang perlu dibayar oleh plantif.

Firuz juga turut berkata kos yang diminta oleh defenden sebanyak RM100,000 juga keterlaluan selain berkata artis dan media saling memerlukan antara satu sama lain.

Dalam prosiding yang berlangsung pada Isnin, pihak plantif iaitu wartawan hiburan Kosmo!, Maliah Surip dan wartawan hiburan akhbar Utusan Malaysia, Mohd. Ifqdar Abdul Rahman diwakili peguam iaitu Ellia Zuraini Mat Zin serta Ummi Farhanah Mohd Nasir manakala Shila dan bapanya diwakili peguam, Mahendran Kumar.

Pada 17 Disember 2015, plantif memfailkan saman itu atas dakwaan kedua-dua defendan telah memfitnah mereka.

Menurut pernyataan tuntutan, pada 15 September 2014, sekeping gambar dengan kapsyen mempersoalkan media Melayu yang dikatakan lebih berminat menulis gosip berbanding pencapaian artis Melayu telah dimuatnaik penyanyi wanita tersebut.

Kontroversi itu menyebabkan Shila dan bapanya mengadakan sidang media di Mega Music World, Cheras pada 24 September 2014 untuk menjawab persoalan para wartawan hiburan mengenai gambar tersebut.

Terdahulu pada 31 Mac lalu bagi kes Shila Amzah menyaman akhbar Kosmo! penyanyi itu gagal dalam tuntutan samannya terhadap Maliah dan penerbit akhbar itu, Utusan Melayu (M) Berhad selepas mahkamah mendapati artikel disiarkan akhbar Kosmo!, yang mengaitkan konsert Shila empat tahun lalu ditaja sebuah syarikat judi tidak berniat jahat.

Mahkamah juga memerintahkan Shila membayar kos sebanyak RM20,000 kepada ketiga-tiga defendan iaitu Maliah, pengarang akhbar itu dan penerbit akhbar berkenaan.

The post Shila Amzah, Bapa Menang Saman appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Shila Amzah, Bapa Menang Saman

Sekianlah artikel Shila Amzah, Bapa Menang Saman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shila Amzah, Bapa Menang Saman dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/shila-amzah-bapa-menang-saman.html

Subscribe to receive free email updates: