link : Sikap jujur ubah hidup gelandangan
Sikap jujur ubah hidup gelandangan
Seorang gelandangan tidak menyangka tindakannya memulangkan cek bernilai AS$10,000 (RM41,135) kepada seorang usahawan akan mengubah hidupnya.
Menurut FOX61, Elmer Alvarez memulangkan cek itu kepada Dr. Roberta Hoskie pada 14 November lalu dan diberikan ganjaran wang.
Bukan itu sahaja, dia turut ditawarkan memasuki sebuah kolej hartanah dan mengikuti kelas Bahasa Inggeris secara percuma.
Bagaimanapun, Dr Roberta merancang satu lagi kejutan untuk Elmer.
Dalam satu perjumpaan di sebuah dewan Rabu lalu, Dr Roberta mengumumkan pemberian sebuah rumah kepada Elmer.
“Awak tak perlu risau dengan kesejukan lagi,” kata Dr. Roberta kepada Elmer yang mula menangis.
Wanita pemurah itu juga mengatur satu temuramah kerja untuk Elmer dengan rakan kongsinya.
Menerusi rakaman Fox61, Elmer dilihat tidak henti-henti mengucapkan terima kasih sambil mengalirkan air matanya.
Bagaimanapun, Dr Roberta mengenakan satu syarat mudah untuk Elmer selepas beliau menyusun semula hidup geladangan itu.
“Apabila semuanya tenang, anda terus maju ke hadapan dan terus berbuat baik kepada orang yang seterusnya dan orang-orang yang seterusnya,’ kata Dr. Roberta merujuk ekspressi ‘pay it forward’.
‘Pay it forward’ adalah satu ekspressi barat melibatkan usaha mulia oleh individu pertama kepada individu kedua, dan kemudian individu kedua meneruskan usaha berkenaan terhadap individu ketiga dan seterusnya.
Kata Dr Roberta, beliau faham dengan keadaan Elmer yang hidup bergelandangan kerana pernah hidup di tepi jalan.
The post Sikap jujur ubah hidup gelandangan appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Sikap jujur ubah hidup gelandangan
Anda sekarang membaca artikel Sikap jujur ubah hidup gelandangan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/sikap-jujur-ubah-hidup-gelandangan.html