Suka duka menuju kejayaan WENDY Wong

Suka duka menuju kejayaan WENDY Wong - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suka duka menuju kejayaan WENDY Wong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suka duka menuju kejayaan WENDY Wong
link : Suka duka menuju kejayaan WENDY Wong

Baca juga


Suka duka menuju kejayaan WENDY Wong

Pelakon yang kini aktif dalam bidang penerbitan, Datin Wendy Wong membuat pendedahan mengenai kisah hidupnya dalam program Wanita Zone yang ditayangkan setiap Rabu, jam 11 pagi di TV2.

Kisah hidup Wendy itu antara cerita dipaparkan bersama 12 kisah wanita lain daripada pelbagai bidang diterbitkan sebanyak 13 episod.

Menurut Wendy, dia ingin berkongsi dengan penonton kesusahan setiap wanita yang bermula dari bawah sehingga berjaya walaupun melalui episod duka sepanjang perjalanan hidup.

“Program ini berbeza daripada kebanyakan program wanita lain. Saya mencari wanita berjaya kemudian mengkaji rahsia kejayaan mereka. Ternyata, di sebalik apa yang dilalui sekarang mereka juga melalui pelbagai liku dan kisah pilu.

“Saya ingin memberikan motivasi dan inspirasi kepada semua penonton terutama wanita menerusi setiap kisah dipaparkan. Saya ingin mereka sedar dan buka mata yang kejayaan boleh dicapai dalam apa juga cara.

“Paling penting, setiap kisah ini berdasarkan cerita sebenar mereka termasuk kisah hidup saya sendiri. Bagi saya, pendedahan ini lebih kepada perkongsian yang akhirnya boleh memberikan pengajaran kepada semua,” katanya.

Berkongsi mengenai kisah hidupnya yang dipaparkan, Wendy menceritakan bagaimana timbul rasa kekesalan dalam keluarga terhadap dirinya yang gagal menunaikan impian mendiang bapanya untuk mencari ahli keluarga di China.

“Sebelum bapa meninggal dunia, dia meminta saya pergi ke China untuk mencari ibu saudara. Pada mulanya saya tidak dapat berbuat sedemikian kerana kesibukan kerja dan berjanji untuk pergi lain waktu.

“Namun, saya gagal menunaikan impian bapa sehinggalah dia pergi meninggalkan kami semua. Ketika itu semua keluarga menyalahkan saya.

Diakui saya sangat menyesal.

“Apa yang saya kongsikan adalah kesibukan kerjaya membuatkan saya lupa terhadap keluarga. Malah saya juga lupa pada janji. Jadi, kejayaan saya hari ini sebenarnya disulami dengan kisah sedih itu yang masih segar dalam ingatan,” katanya.

Selain itu, program terbitan syarikatnya Produksi Seni 2020 Sdn Bhd ini turut memaparkan kehidupan seorang guru yang juga orang kurang upaya (OKU).

“Dia mengajar di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang. Apabila selesai mengajar, dia melihat pelajar meniru caranya berjalan yang senget. Sepanjang dua tahun ini, dia berdepan situasi sama. Namun, dia tetap bersemangat mendidik anak bangsa walaupun diejek pelajar sendiri,” katanya.

WENDY ketika ditemu bual untuk program Wanita Zone, baru-baru ini.
Nak bawa penyanyi ke China

Wendy menerusi syarikatnya juga dipilih produksi program realiti popular China, I Am Singer bagi mencari penyanyi tempatan mewakili Malaysia ke pertandingan itu.

Menurut Wendy, dia mencari 10 penyanyi berbakat yang boleh diketengahkan di luar negara sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

“Pihak mereka sudah membuka ruang. Bagi saya, ini kesempatan terbaik untuk semua penyanyi menonjolkan bakat sebenar. Apatah lagi peluang sebegini bukan selalu ada.

“Kalau boleh mereka mahu 10 penyanyi yang betul-betul bagus. Tidak kisah bangsa dan tiada had umur. Apa yang penting memiliki vokal mantap dan ciri seorang penghibur,” katanya.

Wendy berkata, penyanyi yang terpilih bakal mendapat tajaan penuh daripada syarikat penerbitan Hong Kong yang juga rakan kongsinya.

“Mereka yang berminat boleh menghantar profil kepada saya. Kemudian saya akan buat saringan awal sebelum memanggil penerbit dari Hong Kong dan China bagi memilih senarai akhir.

“Penyanyi yang terpilih akan dibawa ke Hong Kong terlebih dahulu bagi mengikuti latihan sebelum menyertai pertandingan sebenar yang dijangka bermula awal tahun depan,” katanya.

Selain menerbitkan program berbentuk dokumentari dan travelog, Wendy juga aktif menerbitkan drama bersiri Cina dan Melayu.

The post Suka duka menuju kejayaan WENDY Wong appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Suka duka menuju kejayaan WENDY Wong

Sekianlah artikel Suka duka menuju kejayaan WENDY Wong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suka duka menuju kejayaan WENDY Wong dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/suka-duka-menuju-kejayaan-wendy-wong.html

Subscribe to receive free email updates: