link : Surat Syed Saddiq perlekeh Sultan Selangor - Pemuda UMNO
Surat Syed Saddiq perlekeh Sultan Selangor - Pemuda UMNO
Tindakan Ketua Armada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menulis surat terbuka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat seolah-oleh cuba untuk memperlekehkan seorang Sultan yang memerintah negeri Selangor.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohamed Hazali Abu Hassan berkata, Syed Saddiq sudah keterlaluan dan biadap kerana menulis surat terbuka kepada Sultan Selangor yang isi kandungannya didedahkan untuk tontonan umum dengan nada seolah-olah ingin mengajar Sultan.
"Bukan itu sahaja, dia juga seperti ingin mengajar Tuanku yang dikatakan 'tidak faham' dengan isu kenyataan keturunan Bugis yang dikeluarkan oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan cuba untuk menegakkan benang yang basah.
"Dia juga cuba mengambil kesempatan untuk memesongkan banyak perkara-perkara lain yang tiada langsung ada kaitan dengan kenyataan akhbar Sultan Selangor mengenai kemurkaan dan kekecewaan baginda mengenai pernyataan Tun Mahathir," katanya kepada Agendadaily Rabu.
Tambah Mohamed Hazali yang juga merupakan Pengerusi Biro Antarabangsa PPUM itu, sebagai seorang yang dianggap waras dan berpendidikan, Syed Saddiq seharusnya dapat membezakan di antara perkara yang salah dan benar.
"Perkara ini amat asas dan mudah, pendengar yang jelas boleh tahu di mana betul dan di mana salah. Tiada gunanya Syed Saddiq cuba mempertahankan perkara yang salah , di mana secara nyata , umum tahu , sehingga ke seluruh pelusuk Nusantara juga tahu , pernyataan itu ada mengkaitkan dan merujuk kepada bangsa Bugis itu sebagai perompak dan lanun.
"Sekarang , sudah terlambat jika dikatakan pernyataan itu hanya dirujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja , tetapi ianya telah menyinggung terutamanya mereka dari keturunan Bugis," katanya.
Ujarnya lagi, anak-anak muda di negara ini seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang telah dilakukan oleh Syed Saddiq dengan tidak mengulangi , dan mencemari institusi Kesultanan di Negara ini.
"Kita perlu menjauhi perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang boleh memurkakan dan menderhakai Raja-Raja dan Sultan-Sultan di Malaysia," katanya.
Pada Khamis lalu, Syed Saddiq menulis surat terbuka kepada Sultan Selangor, untuk mempertahankan Pengerusi PPBM susulan kenyataan dikeluarkan Dewan Diraja Selangor yang ingin pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu disiasat kerana menghina masyarakat Bugis.
Jelas Syed Saddiq, frasa “lanun Bugis” itu hanya ditujukan kepada Perdana Menteri, bukannya seluruh keturunan Bugis.
Sebelum itu, dalam satu kenyataan media, Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata Dr Mahathir dilihat seolah-olah menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, merendahkan dan melihat masyarakat Bugis dengan penghinaan.
Ia turut mahu bekas perdana menteri itu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana perkara itu.
"Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menganggap ucapan berkenaan (oleh Dr Mahathir) amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara," kata kenyataan itu.

Demikianlah Artikel Surat Syed Saddiq perlekeh Sultan Selangor - Pemuda UMNO
Sekianlah artikel Surat Syed Saddiq perlekeh Sultan Selangor - Pemuda UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Surat Syed Saddiq perlekeh Sultan Selangor - Pemuda UMNO dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/surat-syed-saddiq-perlekeh-sultan.html